Tamat Tempoh Tag RFID TnG | Jawapan TnG
Para pengguna Touch ‘n Go (TnG) baru-baru ini telah terlibat dalam kekeliruan berkaitan dengan tamat tempoh tag RFID TnG. Buat yang masih belum tahu, RFID ini adalah singkatan bagi Radio-frequency Identification ya…
Okay, back to our topic! Adakah tag RFID TnG anda perlu diperbaharui? Ataupun, tidak perlu sebenarnya? Ha, yang mana satu ni? Mari Cik Min jelaskan dengan lebih mendalam tentang topik trending ini.
Kekeliruan ini sebenarnya berpunca daripada promosi terbaharu yang telah memberi notis kepada pengguna awal teknologi RFID. Beberapa laporan mulai timbul mengenai e-mel yang dihantar kepada para pengguna yang mengambil bahagian dalam program percubaan awal teknologi RFID TnG sejak tahun 2018.
E-mel tersebut telah mempromosikan penggantian tag RFID lama dengan tawaran tag baharu, beserta insentif cashback seperti yang tertera melalui sebuah hantaran di laman media sosial X.
Notis e-mel tersebut menimbulkan persepsi yang mengelirukan tentang tarikh tamat tempoh tag RFID TnG bagi pengguna, di mana mereka beranggapan bahawa kesemua tag RFID TnG akan tamat tempoh pada 31 Januari 2024 nanti.
Kenyataan Rasmi TnG berkenaan Tamat Tempoh Tag RFID TnG
Touch ‘n Go (TnG) telah mengesahkan secara rasmi dengan kenyataan mereka di sini, bahawa tag RFID adalah berbeza dengan kad TnG tradisional. Mereka juga menyatakan bahawa tag RFID TnG tidak mempunyai tarikh luput yang tersembunyi.
Kenyataan daripada TnG baru-baru ini juga menekankan bahawa tujuan di sebalik promosi tersebut adalah untuk menangani masalah haus atau koyaknya tag RFID yang lama. Terutamanya buat para pengguna tag RFID TnG awal sejak pelancaran pada tahun 2018.
Kesalah fahaman ini timbul daripada penggunaan perkataan di dalam promosi TnG, seolah-olah menyiratkan info tentang penamatan akan berlaku pada tag RFID yang lama. Oleh itu, TnG menjelaskan bahawa hanya tag yang digantikan melalui promosi tersebut sahaja akan dimatikan pada 31 Januari 2024.
Bagi pengguna yang memilih untuk tidak mengambil tawaran promosi tersebut, TnG memberi jaminan bahawa tag RFID mereka yang sedia ada akan terus berfungsi seperti biasa. Seperti yang ditekankan, fokus utama mereka adalah untuk memudahkan pengguna awal mengganti tag RFID TnG yang haus dan koyak.
Kesimpulannya, kenyataan TnG adalah bertujuan untuk memberi jaminan kepada para pengguna bahawa tiada tamat tempoh tag RFID dikenakan kepada para pengguna sedia ada. Pihak TnG juga berharap dan akan berusaha untuk berkomunikasi dengan lebih baik pada masa akan datang bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
Apabila teknologi mulai berkembang, penjelasan dalam komunikasi sememangnya sangat penting. Ditambah pula jika sesebuah bisnes tersebut diguna pakai oleh kebanyakan pengguna. Pada Cik Min, sikap proaktif TnG dalam menjelaskan isu ini sudah cukup membuktikan komitmen mereka terhadap kepuasan pengguna dan perkhidmatan pelanggan mereka. Memang terbaik!
Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min tentang topik “Tamat Tempoh Tag RFID TnG | Jawapan TnG.” Sekiranya anda mahukan lebih banyak artikel trending dan menarik, anda boleh layari portal kami di Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.