Realiti Sebenar Tamadun Barat di Eropah
Tamadun Barat sentiasa dilihat sebagai tamadun yang hebat, namun realiti sebenar Tamadun Barat di Eropah ini tidak ramai yang mengetahuinya tau!
Bukan itu sahaja, bahkan kita juga sering menganggap Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang kurang maju dan dilihat tidak setanding tamadun barat di Eropah. Ish, ish, ish…
Walau bagaimanapun setelah membaca tweet dari The Patriots di Twitter, barulah Cik Min sedar betapa silapnya pandangan kita terhadap Tamadun Barat selama ini. Sungguh mengejutkan tetapi inilah realiti sebenar yang tidak kita ketahui.
Gambaran Masyarakat Pada Tamadun Melayu
Jika anda perasan, kita kerap melabel tamadun Tanah Melayu tidak sehebat tamadun Barat. Apa yang ada pada Tamadun Melayu juga dibayangkan sekadar mempunyai istana-istana kayu yang mudah reput, kedai yang diperbuat daripada buluh dan beratap rumbia, serta jalan-jalan yang becak dan berlopak.
Selain itu, para penjaja pula digambarkan duduk bersila di atas tanah sambil menjual barangan jualan mereka. Pakaian pula berwarna earth tone ataupun hitam dan putih, serta berpakaian sehelai sepinggang yang compang camping, lusuh, ataupun berkemban. Sangat penuh dengan tanggapan negatif kan?
Namun, lain pula gambarannya apabila berbicara tentang Tamadun Barat. Semuanya serba baik dan moden. Tetapi, adakah itu realiti sebenar Tamadun Barat di Eropah ini? Mari Cik Min bongkarkan.
Kebenaran dan Realiti Sebenar Tamadun Barat di Eropah
Tamadun Barat pada hakikatnya tidaklah sehebat seperti yang digambarkan oleh masyarakat di seluruh dunia. Apa yang kita lihat di dalam filem-filem yang mereka terbitkan sebenarnya tidak seindah realiti tau!
Hakikatnya pada zaman Ratu Lizzy pertama, sejarawan Inggeris menyebutkan keadaan di London adalah sangat kotor sehinggakan seluruh jalan-jalan di London dipenuhi dengan najis manusia dan haiwan, serta sampah sarap. Jika dianggarkan berat sampah dan najis tersebut, ia boleh mencecah sehingga 60 tan beratnya.
Pada waktu tersebut, setiap hari, najis akan dipungut menggunakan penyodok untuk dibuang ke Sungai Themes. Paling teruk pada ketika itu, membuang air besar dari tingkat atas kedai melalui tingkap yang menghadap jalan adalah perkara biasa buat mereka!
Lebih mengejutkan apabila penciptaan dan pemakaian kasut tumit tinggi pada zaman tersebut hanyalah untuk mengelakkan kaki daripada tenggelam ke dalam najis apabila memijak jalan-jalan di sana.
Tidak cukup dengan itu, Sungai Theme tadi adalah parit dan juga sumber air utama mereka. Dilaporkan bahawa sungai itu sudah terlalu tercemar dan tiada yang berani meminum airnya selama beratus tahun.
Cukup dengan membaca sahaja boleh buat Cik Min loya tekak! Tapi, inilah realiti sebenar yang tidak ramai orang ketahui. Oleh itu, jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran untuk kita sentiasa menjaga kebersihan dan berhentilah menganggap Tamadun luar lebih baik dari Tamadun kita sendiri ya…
Jika anda ingin membaca dengan lebih lanjut tentang realiti sebenar Tamadun Barat di Eropah ini, anda boleh terus ke Twitter The Patriots. Selamat Membaca!
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Realiti Sebenar Tamadun Barat di Eropah”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.