Tempat Percutian Menarik Malaysia 2023
Malaysia mempunyai banyak tempat-tempat percutian menarik yang boleh diterokai dan bahkan ada sesetengah destinasi menarik di Malaysia yang bertaraf antarabangsa, yang sering menjadi tumpuan percutian bagi pelancong luar negara yang menyemarakkan lagi suasana tahun 2023. Anda dah tahu belum tempat percutian menarik di Malaysia yang mana satu untuk dikunjungi tahun 2023 ni?
Setiap tempat pelancongan mempunyai keistimewaannya tersendiri dan tarikan yang menjadi destinasi percutian yang ideal. Sebagai orang Malaysia kenapa perlu kita menghabiskan wang dan masa ke luar negara sedangkan destinasi percutian di Malaysia pun belum habis semuanya kita terokai.
Berikut adalah senarai tempat-tempat percutian yang menarik di Malaysia baik di darat, hutan, laut, pulau dan sebagainya.
1. Felda Residence Hot Springs, Perak
Felda Residence Hot Springs ialah lokasi percutian menarik bagi mereka yang ingin beristirehat dan keluar dari kesibukan kota. Terletak di Sungai Klah, lokasinya lebih-kurang 12 KM dari susur keluar Sungkai, Lebuhraya Utara-Selatan. Ia merupakan kawasan air panas semulajadi ini telah dibangunkan dan dimajukan menjadi salah satu tarikan pelancong yang utama di Perak.
2. Ladang Teh Boh, Pahang | Tempat Percutian Menarik Malaysia 2023
Ladang Teh Boh di Cameron Highlands adalah salah satu dari tiga ladang yang dimiliki oleh syarikat ini di negara ini. Ladangi adalah pengeluar teh hitam yang terbesar di Malaysia. Di sini tuan puan boleh mempelajari bagaimana serbuk teh dihasilkan sambil menikmati pandangan ladang teh di atas puncak bukit Cameron Highlands.
Tambahan pula cuaca sangat sejuk! Memang satu kombinasi yang sangat baik untuk menghabiskan masa sambil terapikan minda dengan keindahan ladang ini.
3. Sungai Kinabatangan, Sabah
Sungai Kinabatangan merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia yang mengalir melalui hutan bakau ke Laut Sulu. Di sepanjang sungai ini, terdapat populasi haiwan seperti orang utan, buaya, ular, gajah kerdil, kucing liar, burung dan banyak lagi spesis yang jarang dilihat di tempat lain. Pengalaman yang sudah pastinya sangat berharga untuk dinikmati.
4. i-City, Selangor | Tempat Percutian Menarik Malaysia 2023
Tempat ini sudah tentunya menjadi kegemaran yang boleh dinikmati seisi keluarga. i-City ialah tempat menarik di Shah Alam dan menjadi tarikan pelancongan utama bandaraya itu. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khususnya kepada kanak-kanak seperti rumah salji, muzium lilin, taman tema air, rumah hantu, muzium 3D dan bayak lagi.
i-City juga terkenal dengan City of Digital Lights di mana tempat tersebut dipenuhi dengan lampu berirama yang berwarna-warni dan sangat cantik diwaktu malam. Tuan Puan boleh membuat tempah tiket masuk di sini.
5. Taman Negara Bako, Sarawak
Taman Negara Bako adalah taman negara tertua di Sarawak. Ia meliputi kawasan seluas 2727 hektar dan terletak sekitar 37km dari bandaraya Kuching dengan keindahan alam semula jadi yang indah dan pelbagai spesis flora dan fauna.
Tempat penginapan ada disediakan di Taman Negara Bako. Beberapa buah chalet, asrama dan tapak perkhemahan boleh disewa pengunjung yang ingin bercuti dan bermalam disini. Terdapat 18 trek bagi yang berminat aktiviti sukan dan lasak menuju ke destinasi menarik yang ada di Taman Negara ini.
6. Pasar Besar Kedai Payang, Terengganu
Sesiapa sahaja yang bercuti di Kuala Terengganu mesti pergi ke Pasar Besar Kedai Payang. Jika ingin membeli hasil kraftangan seperti kain batik, songket Terengganu dan kain baju serta produk makanan tempatan asli Terengganu, boleh datang ke pasar ini yang terletak ditepi Sungai Terengganu dan berdekatan dengan Jeti Syahbandar.
Sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat percutian menarik yang boleh diterokai di Malaysia bagi tahun 2023 ini. Percayalah, Cik Min yakin sangat yang ramai di antara kita masih belum habis lagi pusing ke serata Malaysia . Jadi kenapa perlu pergi jauh? Jom bercuti dan teroka keindahan yang terdapat di bumi Malaysia.
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Tempat Percutian Menarik Malaysia 2023″. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.