5 Tips Simpan Duit

17/02/2023 by No Comments

Dalam kehidupan, setiap orang pasti mempunyai matlamat kewangan yang berbeza. Tetapi, tidak dinafikan kadangkala agak sukar untuk menyimpan secara konsisten. Sebab itulah dalam artikel kali ini, Cik Min akan kongsikan 5 tips simpan duit yang paling berkesan.

Tips ini adalah sangat effisien tanpa perlu mengikat perut atau mengehadkan perbelanjaan secara drastik semata-mata untuk mencapai jumlah simpanan yang dimahukan tau! Jom kita lihat.

1. Tabung Maybank

5 Tips Simpan Duit

Kini, MAE yang merupakan singkatan kepada Maybank Anytime, Everyone menawarkan bank digital yang mudah dibawa ke mana sahaja bersama, tetapi dengan lebih banyak ciri menarik seperti perbelanjaan dan menabung secara berkumpulan.

Dalam aplikasi ini, tuan puan boleh mencipta tabung sendiri sebagai tempat menyimpan untuk tujuan perbelanjaan bulanan, melancong, kahwin, sedekah dan sebagainya. Tabung ini juga dapat mengaburi pandangan daripada sering melihat baki yang sedia ada.

Hal ini kerana, duit yang masuk ke dalam tabung tersebut akan diambil secara automatik daripada akaun utama, selama jangka masa yang ditetapkan pengguna. Ini secara langsung dapat menambahkan jumlah akaun simpanan tanpa disedari dan berasa lebih yakin untuk menyimpan.

2. Standing Instruction atau Recurring Payment

5 Tips Simpan Duit

Kaedah ini lebih bermatlamatkan ke arah simpanan jangka masa panjang yang memerlukan lebih kurang 10 tahun, serta perancangan yang lebih teliti. Simpanan jenis ini sering dikaitkan dengan tujuan persaraan, modal untuk pergi haji, serta simpanan pendidikan anak-anak.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji merupakan contoh terbaik yang telah wujud sekian lama di Malaysia. Tuan puan boleh menetapkan jumlah kemasukan duit setiap bulan tanpa gagal melalui recurring payment.

Ia juga berfungsi secara automatik tanpa perlu mengawasi transaksi duit setiap bulan. Hal-hal sebegini dapat mengawal emosi daripada terganggu dan menjimatkan masa serta tenaga.

3. Hibah atau Smart Cash Program

5 Tips Simpan Duit

Inisiatif yang ketiga adalah melalui hibah atau Smart Cash Program yang juga berkait rapat dengan perkhidmatan insurans. Proses penolakan duit ini juga berlaku secara automatik daripada akaun simpanan utama.

Maybank ada menawarkan program yang sama dinamakan sebagai Maybank Smart Cash Xtra, yang berlangsung selama 6 tahun minimum pembayaran. Terdapat banyak kelebihan yang bakal diperoleh, seperti 20 tahun perlindungan insurans dan bonus tahunan setelah mencapai tempoh matang.

Jom muat turun Maybank Smart Cash Xtra eBrochure untuk mengetahui tawaran yang disediakan.

4. Emas Auto Debit | 5 Tips Simpan Duit

4

Menabung melalui simpanan emas adalah antara tips yang sangat menguntungkan, kerana nilai pasarannya yang stabil dan kukuh berbanding jenis pelaburan lain. Tuan puan boleh menetapkan jumlah yang hendak dimasukkan setiap bulan mengikut kemampuan dan bajet sendiri.

Ia juga dapat melatih diri untuk sentiasa menyimpan terutamanya simpanan emas yang sentiasa meningkat nilainya setiap masa. Ini akan menyemarakkan lagi semangat menyimpan emas tanpa perlu risau soal kerugian.

5. Tabung Syiling | 5 Tips Simpan Duit

5

Cara ini tentunya amat terkenal dalam kalangan golongan berkeluarga dan pelajar sekolah. Proses ini tidak dinafikan berkesan, tetapi memerlukan tempah yang agak lama untuk dicapai serta nilai simpanannya juga tidaklah besar. Ini juga merupakan antara 5 tips simpan duit yang dijamin berkesan dan dapat mendidik anda sekeluarga untuk lebih konsisten dalam mengurus kewangan.

Sedikit nasihat Cik Min untuk anak-anak muda di luar sana yang masih belum mula menyimpan untuk masa hadapan, pastikan anda mulakannya sekarang dan sedarilah bahawa menyimpan duit ini tidak bergantung pada gaji besar mahupun kecil semata. Namun, ia bergantung kepada disiplin dan konsistensi diri sendiri.

Yakin dan percaya kepada pepatah yang mengatakan “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.” Semoga 5 tips simpan duit ini dapat membantu anda semua. Selamat menyimpan!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “5 Tips Simpan Duit”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *