Tangga Putrajaya Steps – Tarikan Baharu di Putrajaya

29/12/2021 by No Comments

Rasanya bila bercakap tentang Putrajaya semua orang tahu, bukan? Putrajaya merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara. Cik Min pun pernah berkunjung ke sana dan melihat sendiri tempat-tempat yang cantik! Cik Min dengar, adanya tarikan baharu di Putrajaya, iaitu Tangga Putrajaya Steps. Memang menariklah!

Jadi, hari ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang tarikan baharu di Putrajaya ini. Ia tentunya dapat menarik lebih ramai orang berkunjung dan beriadah bersama keluarga di tangga ikonik ini. Informasi berguna ini Cik Min dapatkan daripada portal Wilayah Ku.

Simbol Ikonik Putrajaya – Tangga Putrajaya Steps

Putrajaya sememangnya mempunyai keunikan reka bentuk bangunannya yang cantik. Selain itu, ditambah pula dengan keindahan landskap yang mampu menarik tumpuan orang ramai. Tambahan pula, Putrajaya dibangunkan dengan konsep bandar dalam taman, dan mempunyai 13 buah taman awam utama yang unik.

Baru-baru ini, Putrajaya telah menambah satu lagi tarikan baharu iaitu Tangga Putrajaya Steps sebagai destinasi pelancongan khususnya dalam aspek eko-pelancongan. Ianya diilhamkan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, bersempena dengan 25 tahun Sambutan Jubli Perak Putrajaya.

Tangga Putrajaya Steps

Dibina di atas cerun menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana, Tangga Putrajaya Steps mewujudkan kesinambungan laluan pejalan kaki dari Dataran Putra melalui Laman Perdana, naik ke mercu tanda di Taman Putra Perdana, seterusnya ke Hotel Pulse Grande.

Ia dapat dilihat sebagai satu paksi lurus (axis) yang menghubungkan kawasan tumpuan pelawat, iaitu di Dataran Putra untuk ke mercu tanda berkaitan dan ke Hotel Pulse Grande yang terletak di Taman Putra Perdana. Dengan ketinggian anggaran 30 meter dan jarak pendakian sejauh 200 meter, binaan tangga itu diinspirasikan dari beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins Stairs di Ukraine dan tidak kurang juga Batu Caves, Malaysia.

Menurut Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain kepada Wilayah Ku,

“Alhamdulillah, sedikit masa lagi ia akan siap sepenuhnya dan akan menjadi salah satu produk pelancongan serta lokasi rekreasi terbaharu Putrajaya yang menghubungkan Dataran Putra ke kawasan tumpuan di Taman Putra Perdana Presint 1.”

Tarikan Baharu bagi Aktiviti Riadah dan Rekreasi

Tambah beliau lagi, selain direka khusus untuk pendakian dan penurunan, ia juga dibina dengan struktur, fasiliti serta peralatan yang membolehkan pengunjung melakukan aktiviti sukan, riadah mahupun rekreasi secara santai di sepanjang binaan tangga sambil menikmati panorama indah Putrajaya.

Tangga Putrajaya Steps

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *