Taman Negara Gunung Mulu – Destinasi Pelancongan Terbaik

10/11/2021 by No Comments

Taman Negara Gunung Mulu atau Gunung Mulu National Park adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh pelancong. Sejak rentas negeri dibenarkan, ramai yang berpusu-pusu merancang percutian di dalam dan di luar negara. Dalam artikel sebelum ini, Cik Min ada berkongsi beberapa tempat menarik untuk dilawati, antaranya Langkawi, Cameron Highlands dan Taman Tema Menarik di Malaysia.

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai harga ikan Siakap di Langkawi yang mencecah ribuan ringgit. Cik Min pasti ada yang ragu-ragu nak bercuti ke sana kerana takut tersilap pilih tempat makan. Kalau nak pergi ke Cameron Highlands pula, dikhabarkan sepanjang perayaan Deepavali, tempat penginapan fully-booked dan jalan sangat sesak. Tak risau ke nak bercuti di sana? Ye lah kan, walaupun dah boleh rentas negeri, kita tetap perlu menjaga penjarakan fizikal dan mengamalkan SOP.

Apa kata untuk percutian seterusnya ini, Cik Min nak bawa anda semua ke satu-satunya negeri kayangan di Malaysia. Barulah dapat merasai pengalaman menaiki kapal terbang. Lagipun, harga tiket masuk ke taman ini serendah RM15 sahaja! Berpatutan, kan?

Taman Negara Gunung Mulu

Destinasi pelancongan ini merupakan taman yang paling besar di Sarawak. Taman ini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dianggap sebagai salah satu kawasan semula jadi yang paling berharga di Asia Tenggara. Kalau anda berkunjung ke taman ini, anda akan berpuas hati dengan keindahan pemandangan dan kekayaan biologinya.

Ada dua pilihan pengangkutan yang boleh dipilih. Pertama, anda boleh pergi ke taman ini menggunakan kapal terbang dari Miri ke Taman Negara Mulu. Kedua, bagi mereka yang ingin mencuba kelainan, bolehlah menggunakan bot express dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan seterusnya ke Taman Negara Mulu.

Gua dan Tebing Batu Kapur

Taman Negara Gunung Mulu
Sumber: KL Foodie

Taman ini memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropikal, Taman ini menjadi pilihan mereka yang sukakan ketenangan, jauh daripada kesibukan bandar. Lagi satu, taman ini juga sangat sesuai bagi mereka yang menyukai pengembaraan dan aktiviti yang lasak.

Taman Negara Gunung Mulu
Sumber: KL Foodie
Gua Batu Kapur, Mulu
Sumber: Wikivoyage

Di Mulu, anda boleh melawat Gua Rusa (gua terpanjang di dunia) dan satu lagi TARIKAN UTAMA di sini ialah Gua Air Jernih iaitu gua paling panjang di Asia Tenggara. Kedua-dua gua ini merupakan tempat tinggal kelawar dan burung layang-layang gua.

Tahukah anda?

Wang kertas RM100
Sumber: KL Foodie

Gambar gunung yang dicetak di belakang kertas wang ringgit RM100 ialah Taman Negara Gunung Mulu!

Lihatlah, betapa berharganya taman tersebut sehinggakan dipilih untuk menghiasi wang kertas Malaysia.

Masih ragu ke nak melancong ke sini? Tanya je, hihi.

Harga Kemasukan Taman Negara Gunung Mulu

Cik Min ada lah survey sikit-sikit mengenai harga kemasukan ke taman ini dan harganya sangat berpatutan, semua orang mampu untuk membeli.

Kepada anda yang ingin memasuki Taman Negara ini PERLU membeli pas 5 hari. Hal ini agar anda boleh memasuki taman tersebut tanpa had. Tetapi untuk makluman anda, tiket yang sudah dibeli tidak boleh dipindah milik. Jadi, ambil maklum ya.

Berikut adalah senarai harga tiket bagi setiap golongan pelancong:

Dewasa (Warga Asing)RM30
Kanak-kanak (Warga Asing)RM 10 (6 – 18 tahun) 5 dan ke bawah adalah percuma
Dewasa (Warganegara Malaysia)RM15
Warga Emas (Warganegara Malaysia)RM 7 (60 tahun ke atas)
Kanak-kanak (Warganegara Malaysia)RM 5 (6 – 18 tahun) 5 dan ke bawah adalah percuma
Sumber: MuluPark.com

Nota

  • Warganegara Malaysia haruslah menunjukkan Kad Pengenalan semasa pembelian tiket.
  • Bayaran tiket kekal sama jika anda menginap di kawasan Taman Negara Gunung Mulu dalam masa lima hari.
  • Jika penginapan anda melebihi lima hari, maka anda perlu membeli tiket kemasukan yang baru.
  • Tiket ini hanya sah untuk kemasukan taman sahaja, bayaran untuk Lawatan & Aktiviti adalah berasingan.
  • Untuk mengelakkan daripada sesat, anda digalakkan untuk menggunakan khidmat pemandu arah dan pengangkut barang.

Di bawah ini, Cik Min sajikan kepada anda video pemandangan di sekitar Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak. Tonton tau, baru yakin nak melancong ke situ.

Sumber: Amazing Borneo

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *