Status PUS di MySejahtera Undang Pelbagai Reaksi

09/11/2021 by No Comments

Pada 7 November 2021 yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan status PUS di MySejahtera secara tiba-tiba terpapar di skrin aplikasi.

Cik Min tak perasan mengenai status PUS di MySejahtera kerana tidak menggunakannya pada hari tersebut, namun selepas buka media sosial, penuh berkaitan isu berkenaan di wall.

Apa lagi, Cik Min pun kalut lah nak check sama ada aplikasi MySejahtera Cik Min bertukar status ataupun tidak.

Nasib baik, tiada perubahan status yang terjadi.

Berbalik kepada isu status di MySejahtera, ramai pengguna yang mempertikaikan mengapa status mereka bertukar kepada PUS.

Hal ini kerana, status bertukar walaupun mereka tidak mempunyai kontak rapat atau belum pernah melancong ke luar negara.

Fungsi aplikasi MySejahtera

MySejahtera adalah aplikasi yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengawasi penularan wabak COVID-19 di dalam negara. Pengguna aplikasi ini boleh melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Aplikasi ini terbukti membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengambil tindakan selanjutnya sekiranya pengguna MySejahtera didapati mempunyai risiko atau terjangkiti COVID-19.

Apakah yang dimaksudkan dengan PUS?

PUS atau Person Under Surveillance adalah status merujuk kepada individu yang berisiko dijangkiti COVID-19.

Contohnya, individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Walaupun tidak jelas puncanya, tetapi status berkenaan didapati bertukar daripada status ‘Risiko Rendah, Tiada Gejala’ kepada ‘Perintah Pengawasan Rumah’ atau ‘Orang Dalam Pengawasan’ (PUS).

Reaksi pengguna berkaitan masalah status PUS di MySejahtera

Kalau status berkenaan masih belum diselesaikan, bolehkah nak pergi kerja? Nak buat urusan harian? Bagaimana nak pergi melancong? Tiket penerbangan dah burn, dahlah mahal. Siapa nak bayar ganti rugi?

Rata-rata pengguna MySejahtera meluahkan rasa kecewa dan meluahkan rungutan di ruangan komen posting di Facebook Public Health Malaysia. Berikut adalah antara komen yang sempat Cik Min ambil:

Sumber: Facebook Public Health Malaysia
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
Status PUS di MySejahtera
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
Status PUS di MySejahtera
Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Permohonan maaf kepada pengguna MySejahtera mengenai status PUS

Tidak dinafikan, isu berkenaan menyusahkan ramai pihak terutamanya bagi mereka yang sudah merancang dan membeli tiket penerbangan untuk melancong.

Walau bagaimanapun, permohonan maaf daripada pihak MySejahtera telah dibuat melalui Facebook Portal Health Malaysia.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia
Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Cadangan penyelesaian bagi masalah status PUS di MySejahtera

Ada pengguna MySejahtera yang berjaya kembalikan status mereka di MySejahtera setelah beberapa jam membuat laporan di HelpDesk.

Namun, sekiranya status anda masih belum berubah kepada yang asal, anda boleh mencuba beberapa cara ini:

  • Pertama sekali, anda perlu log out aplikasi dan log in semula.
  • Sekiranya tidak berjaya, anda perlu uninstall MySejahtera, kemudian download semula MySejahtera dan Log Masuk.
  • Jika kedua-dua cara di atas tidak menunjukkan perubahan, anda boleh Log keluar aplikasi, pergi ke Setting, kemudian clear cache MySejahtera dan Log In Semula.

Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda yang mengalami masalah status PUS di MySejahtera agar urusan harian dapat berjalan seperti biasa.

Harap pihak yang bertanggungjawab memastikan isu sebegini tidak akan berulang lagi kerana akan menyusahkan ramai pengguna.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *