Situasi Terkini Banjir di Pahang

20/12/2021 by No Comments

Cik Min lihat di media sosial, rata-rata netizen berkongsi gambar dan juga video berkenaan situasi terkini banjir di negeri Pahang. Memang menyayat hati!

Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min nak menyentuh mengenai kejadian terkini banjir yang melanda negeri Pahang.

Situasi Terkini Banjir di Pahang

Banjir di Pahang Makin Buruk – Situasi Terkini Banjir di Pahang

Menerusi portal Pahang Media, jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 24,944 mangsa daripada 6,658 keluarga yang ditempatkan di 230 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah setakat pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kuantan daerah paling ramai mangsa iaitu seramai 13,641 orang daripada 3,571 keluarga ditempatkan di 42 PPS diikuti Temerloh 3,454 mangsa daripada 938 keluarga ditempatkan di 44 PPS.

Selain itu, Raub pula mencatatkan seramai 1,861 mangsa daripada 508 keluarga ditempatkan di 41 PPS. Kuala Lipis seramai 1,812 mangsa daripada 544 keluarga ditempatkan di 35 PPS. Manakala di Jerantut pula, 1,138 mangsa daripada 319 keluarga ditempatkan di 26 PPS.

Sementara itu, Maran pula mencatatkan seramai 1,118 mangsa daripada 275 keluarga ditempatkan di 22 PPS. Bentong 1,044 mangsa daripada 271 keluarga ditempatkan di dua PPS. Pekan seramai 762 mangsa daripada 204 keluarga ditempatkan di 13 PPS dan Bera 113 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di lima PPS.

Beliau juga turut berkata keadaan banjir di negeri ini juga menunjukkan trend meningkat setakat petang semalam berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang.

Perkongsian tentang Banjir Pahang

Menerusi satu perkongsian situasi terkini banjir di Pahang yang Cik Min dapat daripada rakan Cik Min, terdapat insiden tanah runtuh yang berlaku di jalan utama ke bandar yang menghubungkan Felda Lepar Utara 1, 2 dan 4.

Situasi Terkini Banjir di Pahang

Kejadian banjir yang berlaku sebelum ini telah menyebabkan sebahagian jalan runtuh. Hujan lebat yang berlaku sejak hari kelmarin juga mengakibatkan jalan tersebut telah runtuh secara keseluruhannya.

Situasi Terkini Banjir di Pahang

Gambar di bawah memaparkan situasi jalan selepas banjir surut.

Banjir di Pahang menjejaskan penduduk untuk pergi ke bandar kerana terdapat jalan yang tersekat akibat air banjir serta tanah runtuh.

Untuk info lanjut berkenaan banjir di negeri Pahang, anda boleh layari Facebook Pahang Media. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan info terkini berkenaan banjir di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *