Siti Nur Alia Pelumba Wanita Mencipta Sejarah Tanah Air

07/01/2022 by No Comments

Siti Nur Alia pelumba wanita mencipta sejarah tanah air kerana terpilih untuk menyertai misi jelajah dunia! Menerusi Nona, Siti Nur Alia Mansor yang berusia 21 tahun ini telah terpilih menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team di Sepanyol.

Cik Min mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih oleh beliau. Siti Nur Alia merupakan atlet berbasikal lebuh raya Terengganu. Beliau juga dikatakan menjadi pelumba wanita pertama negara dan Asia Tenggara dalam menyertai misi tersebut.

Tawaran Kontrak daripada Canyon-SRAM Racing Team | Siti Nur Alia Pelumba Wanita

Menerusi akhbar Sinar Harian, Siti Nur Alia berkata bahawa tawaran kontrak selama setahun daripada Canyon-SRAM Racing Team yang berada di kedudukan ke-5 itu bagaikan mimpi jadi nyata dan telah lama diidamkan.

Siti Nur Alia berkata, “Jun lepas saya telah dihubungi oleh Adam Szabo, bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG) yang kini melatih pasukan Canyon-SRAM Racing Team. Beliau menyatakan minat untuk mengetengahkan bakat saya bersama pasukan mereka.”

“Saya mengambil masa sebulan untuk bersetuju selepas memikirkan masa depan dan perkembangan kerjaya dalam arena berbasikal,” katanya lagi.

Siti Nur Alia Pelumba Wanita
Sumber: Instagram

Sumbangan kepada Pelumba Berbasikal Wanita

Satu majlis untuk meraikan kejayaan Siti Nur Alia pelumba wanita itu telah diadakan di Wisma Darul Iman. Pada majlis itu, beliau telah menerima wang sumbangan saku sebanyak RM3,000. Sumbangan tersebut daripada Wan Sukairi Wan Abdullah yang merupakan Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri.

Wan Sukairi mengatakan bahawa kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan meneruskan pemberian elaun bulanan sebanyak RM1,500. Elaun tersebut akan diberikan selama setahun kepada Siti Nur Alia.

Siti Nur Alia pelumba wanita itu akan berlepas ke Jerman pada 13 Januari sebelum ke Sepanyol. Beliau berkata, “ini adalah batu loncatan atau permulaan untuk saya mengejar impian yang lebih besar, iaitu beraksi di pentas sukan terbesar, Olimpik.”

“Saya akan membalas pengorbanan dan jasa semua pihak termasuk keluarga, jurulatih, dan keluarga besar basikal Terengganu dengan mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di pentas dunia suatu hari nanti,”katanya lagi.

Cik Min doakan agar Siti Nur Alia berjaya dan cekal untuk terus mengharumkan nama negara Malaysia. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Cik Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel yang menarik di CeritaMalaysia.

Travel, Trend dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *