Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) Tingkatkan Kemahiran Professional

29/07/2022 by No Comments

Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) dapat membantu tingkatkan kemahiran professional?

Hmmm, bagaimana sebuah Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) boleh tingkatkan kemahiran professional seseorang individu agaknya ya? Apa sahaja yang para pelajar akan peroleh melalui SPHU ini? Adakah sijil ini boleh dipercayai?

Buat anda yang berminat untuk menjadi seorang Mutawwif atau pengendali para Jemaah Haji dan Umrah, maka perkongsian ini adalah khas buat anda. Mari Cik Min terangkan dengan lebih lanjut!

Apa Itu Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU)?

Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) Tingkatkan Kemahiran Professional

Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) ini merupakan sebuah program kursus pendek yang dijalankan selama 3 bulan. Ia ditawarkan bagi mereka yang ingin meneruskan kerjaya dalam bidang pengurusan Haji dan Umrah.

Tahukah anda bahawa silibus program ini merupakan antara yang lengkap, terbaik dan fleksibel berbanding kursus-kursus lain?

Hal ini kerana, kursus ini akan dijalankan secara ‘HIBRID‘, di mana para pelajar perlu hadir bersemuka sekali sahaja. Manakala selebihnya, kursus ini akan diadakan secara online melalui laman E-Portal.

Boleh dikatakan, hampir keseluruhan pembelajaran akan diadakan secara atas talian sehinggalah tibanya waktu untuk praktikal selama 2 hari 1 malam bersama penyampaian sijil-sijil berkaitan.

Selain itu, pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian program ini akan berpeluang untuk menjadi seorang Mutawwif atau Mutawwifah yang berkredibiliti tinggi. Nama pelajar juga akan dimasukkan ke dalam laman direktori e-Mutawwifah.com, supaya lebih mudah dicari oleh mana-mana agensi yang memerlukan tenaga pengajar Mutawwif atau Mutawwifah mereka sendiri.

Bukan itu sahaja, bahkan para tenaga pengajarnya juga turut dilantik dari kalangan yang berkredibiliti dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang Haji dan Umrah.

Antara para tenaga pengajar yang berpengalaman tersebut adalah, Dato’ Hj. Md Daud Che Ngah (Permasalahan Lazim Jemaah Umrah Haji), Datuk Hj. Kamal Hj. Mohamed (Fiqh Umrah & Persiapan Rohani menurut Imam Nawawi), Ustaz Khairuzzaman (Asas Komunikasi Bahasa Arab di 2 Kota Suci), serta 14 lagi pakar bidang seperti di bawah:

Antara Syarat Kelayakan Menyertai Program Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) untuk Tingkatkan Kemahiran Professional

  • 1. Berumur 18 tahun ke atas.
  • 2. Boleh membaca, menulis, mengira.
  • 3. Sihat tubuh badan.
  • 4. Bebas penyalahgunaan dadah.
  • 5. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pengurusan Haji dan Umrah.

Di sini juga Cik Min turut menyediakan senarai modul yang bakal anda pelajari sepanjang menjayakan program Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) untuk tingkatkan kemahiran professional ini.

Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) Tingkatkan Kemahiran Professional

Apa yang pasti, program SPHU ini telah diiktiraf oleh Malaysia Qualifications Agency (MQA) dan kesemua silibus yang ditawarkan juga adalah menepati piawaian International Organization for Standardization (ISO).

Apakah Keistimewaan Menyertai Program SPHU?

Buat mereka yang berminat untuk menceburi program SPHU ini, anda akan berpeluang untuk menerima manfaat-manfaat menarik seperti:

  • ✔️ Penginapan percuma semasa latihan praktikal 2 hari 1 malam.
  • ✔️ Percuma baucar RM500 Umrah Kembara Penyucian Jiwa – Train The Trainer (KPJ-TTT).
  • ✔️ Percuma buku Solusi Menuju Baitullah + Mudahnya Umrah dengan Kaedah S.A.L.A.K.
  • ✔️ Akses 24 jam, selama setahun bagi setiap modul latihan di E-Portal.
  • ✔️ Sesi live coaching khas bersama pakar industri.
  • ✔️ Potongan 50% bagi Sijil Profesional Haji dan Umrah.
  • ✔️ Penempatan pekerjaan setelah tamat latihan.
  • ✔️ Bonus 17 modul dan 3 modul eksklusif (panduan doa lengkap, public speaking dan listening skill).

Bagaimana Keadaan di Malaysia Sehingga Perlunya Peningkatan Kemahiran Profesional Dalam Bidang Setiap Bidang?

Berdasarkan akhbar Berita Harian, perkembangan teknologi dan platfom digital pada masa kini telah menggerakkan Malaysia ke arah negara yang berpendapatan lebih tinggi.

Oleh hal yang demikian, rakyat Malaysia perlulah berusaha untuk meningkatkan kemahiran kendiri untuk lebih berdaya saing dalam mendapatkan peluang terbaik.

Tidak ketinggalan jua dalam bidang Haji dan Umrah, di mana kita perlu sentiasa mengusahakan profesionalisme melaluinya.

Memandangkan Haji dan Umrah merupakan sebahagian daripada ibadah yang besar, maka wajarlah untuk kita sentiasa meningkatkan kualitinya ke aras yang terbaik, terutama sebagai seorang Mutawwif atau Mutawwifah. InshaAllah, keberkatannya ada bersama kita.

Apa Kata Pelajar Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU)?

Jom kita dengar terlebih dahulu, apa kata para pelajar SPHU ini dan mengapa mereka memilih SPHU sebagai program untuk mereka sambung belajar.

Masih ragu-ragu dan perlukan testimoni lengkap? Anda boleh lihat testimoni penuh para peserta program Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) di sini.

Akhir kata, Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) ini bukan sahaja dapat tingkatkan pelajar dari segi kemahiran professional dalam bidang Haji dan Umrah, malahan ia turut memberi peluang yang cerah untuk anda berkerjaya dalam industri tersebut.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti perkembangan mereka dengan menekan butang followdi beberapa media sosial rasmi seperti yang tertera:

Tiktok: dhumy.official

Facebook: Pengurusan Haji dan Umrah

Instagram: dhumy.official

Bagi yang sudah berminat untuk mendalami bidang ini, pastikan anda mendaftar dengan menekan link pada bio media sosial tersebut dan isikan butiran diri selengkapnya. Selamat maju jaya!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) Tingkatkan Kemahiran Professional”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Cerita Malaysia


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *