Review Menarik tentang Drama Korea Happiness

15/12/2021 by No Comments

Siapa sahaja yang tak suka filem atau drama Korea yang genrenya berunsurkan thriller, bukan? Bagi Cik Min, Cik Min memang sukalah drama sedemikian yang ada unsur ngeri dan menyeramkan! Cik Min lihat di media sosial pun banyak yang dah buat review menarik tentang drama Korea Happiness ni. Cik Min pun sebenarnya sedang layan drama ni, memang best!

Bagi anda yang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai review menarik tentang drama Korea Happiness ini, tengok dulu trailer di sini. Sebelum itu, Cik Min nak berkongsi sedikit informasi mengenai drama Korea Happiness ini.

Drama Happiness merupakan drama berunsurkan thriller yang disiarkan pada 5 November sehingga 11 Disember 2021. Selain itu, Drama ini merupakan terbitan oleh TvN dan TVING, karya pengarah Ahn Gil Ho dan penulis Han Sang Woon. Drama ini mengandungi 12 episod sahaja dan ia ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10:40 p.m. Drama ini menampilkan barisan pelakon yang sangat hebat dan terkenal iaitu Han Hyo Joo, Park Hyung Sik, Jo Woon Jin dan ramai lagi.

Review Menarik tentang Drama Korea Happiness

Sinopsis Review Menarik tentang Drama Korea Happiness

Cik Min lihat di Twitter, drama Happiness ini memang selalu trendinglah! Setiap kali episod baharu ditayangkan memang banyak review daripada penonton. Jadi, di sini kita dapat tahulah drama ini memang best! Kalau dulu kita tengok filem Train to Busan atau The Flu yang jalan ceritanya tentang wabak penyakit berjangkit. Sekarang memang wajiblah untuk kita tonton drama Happiness ni! Nak tahu kenapa? Baca sinopsis di bawah.

1. Virus – Review Menarik tentang Drama Korea Happiness

Drama ini mengisahkan tentang wabak virus yang melanda penduduk Korea, virus ini dikatakan tersebar disebabkan pengambilan pil NEXT. Petanda bagi mereka yang dijangkiti virus ini ialah mudah dahagakan air serta darah manusia! Boleh kata macam zombi! Jadi, mereka yang dijangkiti virus secara gigitan atau cakaran memang bertukar jadi agresiflah. Tapi ada juga masa yang mereka akan berada dalam keadaan normal.

Cik Min tengok pun seram juga, rupa pesakit yang terkena virus itu mengerikanlah. Mata bertukar warna putih dan lidah yang terjelir seakan dahagakan darah.

Review Menarik tentang Drama Korea Happiness

2. Yoon Sae Bom dan Jung Yi Hyun

Yoon Sae Bom (Han Hyo Joo) merupakan salah seorang daripada pasukan polis elit Korea. Dia merupakan seorang yang tegas, berani dan tidak mudah goyah. Yoon Sae Bom berkawan baik dengan Jung Yi Hyun, selepas peristiwa yang berlaku ketika mereka berada di alam persekolahan. Jung Yi Hoon (Park Hyung Sik) merupakan bekas pemain besbol dan kini dia merupakan seorang detektif. Dia sangat bijak dan jujur dalam pekerjaannya. Jung Yi Hoon diam-diam mempunyai perasaan terhadap Yoon Sae Bom. Namun, dia merahsiakannya.

Bagi mendapatkan rumah pangsapuri, Yoon Sae Bom mengajak Jung Yi Hoon untuk mendirikan rumah tangga. Jung Yi Hoon turut bersetuju. Setelah mereka berpindah masuk ke rumah berkenaan. Maka terjadilah pelbagai isu dan perkara pelik dan mengerikan tentang wabak penyakit berjangkit tersebut. Nak tahu cerita sepenuhnya? Tontonlah drama ini!

Review Menarik tentang Drama Korea Happiness

3. Survive Review Menarik tentang Drama Korea Happiness

Disebabkan wabak penyakit berjangkit semakin meningkat, kerajaan memutuskan untuk menutup pangsapuri bertingkat tinggi yang didiami oleh Yoon Sae Bom dan Jang Yi Hyun! Di situ bermulalah kisah mereka dan penduduk yang terpaksa berjuang untuk terus hidup, sambil dilanda ketakutan daripada dijangkiti virus tersebut. Mereka juga menjalani tempoh lockdown yang lama tanpa air dan bekalan elektrik. Selain itu, mereka juga kekurangan bahan makanan dan minuman untuk meneruskan hidup.

The struggle is real! Memang menakutkan kerana adanya situasi pembunuhan. Terdapat juga kisah menyayat hati kerana ada ahli keluarga dijangkiti virus. Memang perang psikologilah!

Drama Korea Happiness

Untuk review menarik tentang drama Korea Happiness ni, Cik Min boleh bagi rate 9/10 lah, memang best! Jalan cerita yang dibawakan mantap. Setiap pelakon dalam drama ini juga bijak melakonkan watak yang dibawakan sebagai polis, detektif, penduduk pangsapuri dan menteri.

Selain itu, Cik Min lihat Park Hyung Sik berjaya melakonkan wataknya sebagai seorang detektif. Dulu Cik Min tengok dia kurus sahaja, sekarang badan lagi fit. Mungkin disebabkan watak yang perlu dimainkannya dalam drama ini. Tidak lupa juga dengan heroin dalam drama ini, Han Hyo Joo memang terbaiklah watak yang dimainkannya, menjadi gitu! Cik Min juga suka tengok pakaian yang dipakainya, cantik-cantik belaka.

Cik Min rasa lakonan penduduk pangsapuri itu pun memang class. Mereka berjaya buat penonton sakit hati termasuklah Cik Min. Hahaha.

Review oleh Netizen – Review Menarik tentang Drama Korea Happiness

Di sini Cik Min nak kongsikan dengan anda semua tentang komen atau review netizen di twitter.

“5 ⭐️ setakat ni. Jalan cerita dia tak slow sangat. Watak pun menarik, lagi lagi heroin jenis tak suka orang tindas dia. Jalan cerita pun ada tunjukkan sikap sesetengah orang yang diam je sedangkan dah dijangkiti penyakit tu.”

“10/10 the plot, the chemistry 🔥🔥🔥 such a pity it’s just 12 eps.”

“10/10 sbb i sukaaa tgk park hyung sik dgn han hyo joo rasaaaa nak nangissss tgk diorang 😭.”

Tak dapat dinafikan drama ini memang best! Tengok komen pun dah tahu. Drama Happiness ini memang sesuai ditonton pada hujung minggu, sambil makan popcorn! Hehehe. Setelah anda semua baca review menarik tentang drama Korea Happiness ni, Cik Min sarankan anda semua untuk tonton drama ini tau! Drama Korea Happiness yang berkualiti boleh distrim di Viu.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *