Review Filem Frontliner

25/10/2021 by No Comments

Admin tahu mesti ramai yang dah menonton filem Frontliner yang ditayangkan di Netflix ni kan? Mana taknya, sebelum filem ini dikeluarkan lagi, ramai netizen yang bercakap-cakap pasal filem ini di media sosial. Ramai juga di media sosial yang buat review filem frontliner ini.

Pada mulanya, admin fikir ia adalah dokumentari yang ada menyelitkan wawancara atau interview dari petugas barisan hadapan. Tengok daripada posternya pun seakan-akan dokumentari. Tapi sebenarnya tidak. Ia adalah filem yang diterbitkan oleh D’Alphalegacy Sdn Bhd arahan Razif Rashid yang menceritakan tentang situasi petugas barisan hadapan berjuang dan berhadapan dengan COVID-19 di Malaysia.

Apa yang dilalui barisan hadapan jauh lebih mencabar daripada kita. Apa yang dilalui mereka setiap hari sangat berisiko.

– Razif Rashid

Review Filem Frontliner ini mengandungi SPOILER. Diingatkan pembaca untuk ke penstriman Netflix dulu untuk tonton sebelum membaca review ini.

Sebelum admin tengok filem penuhnya, admin tengok dulu teaser filem ini dan secara jujurnya, teasernya membuatkan admin sebak. Filem ini mula ditayangkan di Netflix pada 30 September 2021.

Tonton teaser di sini.

Sinopsis Ringkas Review Filem Frontliner

Frontliner ni mengisahkan tentang beberapa barisan hadapan yang berperang sehabis baik untuk membantu rakyat Malaysia memerangi COVID-19. Dalam review filem Frontliner ini, ada tiga watak frontliner yang banyak diketengahkan.

1. Dr. Azhan

Dr. Azhan ialah seorang doktor pakar di sebuah hospital dan mempunyai seorang isteri, Nora yang sarat mengandung. Apabila terjadinya COVID-19 melanda Malaysia, Dr. Azhan menyewa rumah berhadapan rumahnya untuk membendung virus daripada merebak kepada isterinya.

2. Inspektor Zulkifli

Kisah sebuah keluarga iaitu Inspektor Zulkifli, Nadia dan anaknya Shamsul. Inspektor Zulkifli merupakan seorang anggota keselamatan yang bertanggungjawab manakala Nadia ialah seorang guru tuisyen yang mengalami masalah anxiety dan masalah kesempitan wang. Kesulitan mereka ditambah pula dengan anaknya yang memberontak yang mahu ibu bapanya memahami perasaannya.

3. Kapten Nasir

Seorang anggota keselamatan yang mempunyai seorang ibu yang susah memahami tugas anaknya yang berjuang demi negara. Kapten Nasir yang sudah lama tidak pulang ke kampung sering mendapat panggilan daripada ibunya yang menyuruhnya untuk pulang ke kampung. Namun begitu, pergerakannya yang terbatas disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan menghalang Kapten Nasir untuk pulang. Hal ini menyebabkan ibunya menganggap anaknya lebih mementingkan kerja berbanding dengannya.

Review Filem Frontliner – Barisan Pelakon yang Mantap

Barisan pelakon Filem Frontliner
Dari kiri: Achey, Azhan Rani, Beto Kusyairy dan Farah Ahmad. – Sumber MStar

Admin rasa yang menjadikan ramai penonton menonton filem ini adalah disebabkan barisan pelakonnya. Beto Kusyairy, Azhan Rani, Wan Maimunah, Achey, Farah Ahmad dan Emma Maembong. Mereka telah melakonkan watak masing-masing dengan sangat baik. Dalam review filem frontliner ini, memang saya akui mereka sangat menjiwai watak lebih-lebih lagi Mak Wan yang dilakonkan Wan Maimunah yang sangat menjadi.

Watak Mak Wan, seorang ibu yang susah untuk memahami tugas seorang anak yang dilakonkan oleh Achey, seorang anggota keselamatan yang berjuang demi negara. Wataknya mampu mencuit emosi penonton.

Admin rasa setiap watak dalam filem ini ada menunjukkan emosi menerusi kisah mereka dan ia ditafsirkan dengan sempurna oleh barisan pelakon.

Penceritaan yang Baik

Filem ini bukan sahaja merakamkan situasi pandemik di Malaysia, tetapi ia juga memaparkan beberapa situasi dalaman yang boleh kita relate semasa pandemik ini.

Apa yang dilihat, filem ini bukan memfokuskan pada satu watak dan kisah sahaja. Ia menyentuh kebanyakan watak seperti pegawai keselamatan, pegawai kesihatan, pengusaha bisnes, penghantar makanan dan juga orang-orang terdekat kepada barisan hadapan seperti keluarga.

Admin juga suka apabila filem ini mengetengahkan masalah kesihatan mental yang dialami Nadia sehinggakan beliau ingin membunuh diri. Betullah sejak berlakunya pandemik COVID-19 ini, kesihatan mental ini semakin menjadi-jadi.

Skrip

Apa yang admin perhati, banyak skrip daripada filem ini yang lemah walaupun barisan pelakonnya hebat. Skrip dalam sesuatu cerita itu penting dalam pembangunan karakter tetapi kalau skripnya ke laut, ia akan memberi kesan kepada plot cerita.

Review Filem Frontliner – Adegan

Ada beberapa adegan dalam filem ini yang mencetuskan kontroversi dan diperkatakan ramai netizen kita.

review filem frontliner
Salah satu adegan dalam filem Frontliner. – Sumber: Netflix

Bagi admin, penceritaan nampak tidak real seperti cara doktor yang buat bantuan pernafasan atau CPR kepada pesakit dan cara pembukaan PPE daripada doktor itu sendiri tanpa sanitasi.

Bukan itu sahaja, ada satu scene di mana anggota keselamatan mengejar sekumpulan remaja melepak dan salah seorang anggota itu membuka masknya di tempat awam semasa bercakap. Adegan itu sebenarnya tidak patut ditunjukkan kerana tidak melambangkan kepatuhan anggota mematuhi SOP.

Dalam review filem Frontliner ini, peralihan babak dan jalan cerita juga agak serabut dan kurang kemas. Daripada satu babak ke babak yang lain nampak terlalu cepat dan terkejar-kejar.

Secara umumnya, filem Frontliner ini bukanlah yang terbaik. Ini kerana penceritaannya tidak menggambarkan situasi sebenar para barisan hadapan di Malaysia. Ini boleh diperbaiki lagi. Jalan cerita pun perlu diperkemaskan. Namun, admin puji pembuat filem ini kerana berani mengambil risiko pembuatan filem semasa di era pandemik.

Filem ini dibuat untuk membuka mata rakyat tentang kesungguhan barisan hadapan kita menentang COVID-19 dan sebagai tribute kepada pengorbanan mereka.

Admin tahu produksi filem banyak kekangan sampaikan pernah ditolak oleh stesen TV berbayar atas sebab yang tidak dinyatakan. Tetapi mereka sudah buat yang terbaik untuk menggambarkan perjuangan barisan hadapan kita.

Perkara ini telah disebut dan didedahkan oleh salah seorang yang turut serta dalam produksi filem Frontliner ini.

Berkat kerja keras dan tidak berputus asa mereka, filem Frontliner akhirnya bersiaran di penstriman digital Netflix.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *