‘Marabahaya Underground’ Filem Aksi Perlumbaan Kereta
‘MARABAHAYA UNDERGROUND’ FILEM AKSI PERLUMBAAN KERETA
HEBAT DI ASTRO FIRST
Tampilkan Pelakon Hebat Hazama, Joey Daud, MK K-Clique, Santesh Dan Ramai Lagi!
Shah Alam, 27 November 2021 – Filem bertemakan perlumbaan kereta sering dilihat berjaya menarik perhatian penonton Malaysia. Salah satu daya tarikannya adalah adegan-adegan menarik serta menampilkan kereta-kereta koleksi menarik idaman penonton. Terbaru, Astro First bakal membawa filem aksi komedi yang berlatarkan aksi kereta, Marabahaya Underground Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480, bermula 2 Disember ini.
Marabahaya Underground: Apa yang Menarik?
Menariknya, buat peminat kereta, filem Marabahaya Underground adalah cukup dekat di hati anda kerana menampilkan kereta-kereta terhebat seperti, Mustang, Nissan Fairlady, Mitsubishi Evo, Porsche dan banyak lagi. Selain itu, filem berdurasi 90 minit tersebut turut dipadatkan dengan adegan kejar-mengejar yang sudah cukup membuatkan adrenalin penonton mengalir deras. Bukan hanya satu babak yang pamerkan aksi tersebut, tetapi dari awal sehingga ke penghujung filem! Manakala, lokasi-lokasi penggambaran adalah di sekitar Ipoh, Shah Alam dan Kuala Lumpur.
Barisan Pelakon Terbaik Tanah Air
Dalam filem Marabahaya Underground juga, ia menggandingkan pelakon popular tanah air, Hazama dan Joey Daud sebagai teraju utama. Ini adalah kali pertama kedua-dua bintang ini digandingkan berdua untuk sebuah filem, namun chemistry atau keserasian mereka berdua dalam menggerakkan watak dapat dirasai. Bagi watak antagonis pula dilakonkan oleh pelakon filem Olabola iaitu Jian Wein dan penyanyi rap tanah air yang semakin meningkat naik, MK K-Clique.
Watak-watak lain yang turut menghiasi filem terbitan produksi D’edge Communication ini adalah Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea, Amzarul dan Cat Farish. Manakala bagi penampilan istimewa seperti, Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek serta Pelumba Supercar Negara, Zen Low, Pelumba Kereta Negara, Keifli Othman, Drifter Negara, Jian Hui Wong, dan Pelumba Rally Negara, Faizal Alang.
Penerbit dan Pengarah Berpengalaman
Selain berlakon, Cat Farish juga menggalas tanggungjawab sebagai Penerbit dan Pengarah Bersama bagi filem Marabahaya Underground. Pengarahnya pula adalah Helmi Yusof, yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Bikers Kental (2013), Bikers Kental 2 (2019) dan banyak lagi.
Penerbit Eksekutif dan Pengarah Filem Filem Marabahaya Underground, Cat Farish berkata, “Sejak kebelakangan ini industri filem tempatan jarang menghidangkan filem bertemakan aksi kereta. Kami yakin, filem sebegini masih mempunyai kelompok peminat tersendiri, dan ia terbukti dengan sambutan positif dalam kalangan penonton tanah air terhadap filem-filem aksi kereta dari luar negara. Jadi, kami tampilkan Marabahaya Underground dengan adegan-adegan aksi memukau dan dimantapkan lagi dengan elemen komedi. Malah, kami turut membuat suntingan menggunakan teknik terkini bagi memastikan dapat menampilkan ‘look & feel’ yang segar. Filem ini juga menampilkan lebih 10 lagu lagu hip hop yang baru daripada artis ‘underground’ hip hop. Kami berharap kehadiran filem ini mampu memberi persepsi dan kepuasan baru kepada penonton terhadap filem aksi kereta tempatan.”
Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Tahun ini menyaksikan deretan filem dengan genre serta jalan cerita berbeza menghiasi platform Astro First. Kami akan terus fokus dengan membawakan variasi filem buat pilihan penonton. Bagi Marabahaya Underground, ia mempersembahkan karya yang bertemakan aksi kereta dan disulami dengan elemen komedi oleh barisan pelakon terkenal. Kami percaya tema aksi kereta masih relevan dan melalui filem Marabahaya Underground juga bakal menyaksikan transformasi filem yang membawa subjek kereta dari sudut kualiti penyuntingan. Kami harap ia mampu menyuntik keterujaan penonton untuk melihat sendiri kehebatan filem ini.”
Marabahaya Underground: Lagu Tema
Filem ini diiringi lagu tema utama bertajuk ‘Velocity’ yang dinyanyikan oleh Operahaus x Lil J feat Eddie G, Bee Manhan, Malik Abdullah dan Orga, hasil lirik oleh Faizul, Lil J , Eddie G, Bee Manhan, Mambang & Orga dan komposer oleh Faizul.
Marabahaya Underground: Sinopsis
Marabahaya Underground mengisahkan tentang Chon (Hazama) peminat sukan permotoran dan sangat mengidolakan Shah Dhani (Joey Daud), iaitu seorang raja drift Malaya. Akan tetapi Shah Dhani juga adalah seorang yang banyak hutang dan kaki judi. Shah Dhani menggunakan Chon untuk melepaskan dirinya dari hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia.
Shah Dhani yang berhutang dgn Dotty (Jasmin Suraya) terpaksa melibatkan Chon di dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang tanpa pengetahuan Chon. Kemudian Chon ditugaskan untuk menghantar barang kepada pelanggan Dotty, tetapi barang itu telah tertukar tanpa disedari oleh Chon dengan sebungkus sampah. Dotty mengugut Chon untuk memulangkan duit yang hilang itu dan Chon merasa Shah Dhani telah mengkhianatinya. Akibat daripada kejadian itu, Shah Dhani telah diculik oleh orang suruhan Dotty. Chon dan rakan-rakan terpaksa menyertai perlumbaan haram yang besar “Mara Underground” untuk menggantikan wang yang hilang.
Jangan lupa saksikan filem aksi komedi bertemakan aksi kereta, Marabahaya Underground yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 2 Disember 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.