Malaysia popular jadi nama bayi di Amerika Syarikat

20/10/2021 by No Comments

Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang menamakan anak mereka sempena negara kelahiran. Namun, tahukah kita di luar negara, Malaysia popular jadi nama bayi di Amerika Syarikat. Semestinya, kita tidak pernah menyangka bahawa nama bayi Malaysia popular digunakan di luar negara bukan? Apatah lagi apabila ia merupakan negara besar dan berpengaruh.

Menurut artikel Odisi, berdasarkan Bahagian Pendaftaran Keselamatan Sosial Amerika Syarikat pada tahun 2019, telah dilaporkan sebanyak 543 ibu bapa yang memilih nama bayi “Malaysia” menjadi nama bayi di Amerika Syarikat. Ianya merupakan satu kebanggaan buat negara kita!

Malaysia popular jadi nama bayi di Amerika Syarikat
Gambar hanya sekadar ilustrasi.

Menurut laman web tersebut lagi, pada tahun 2014 Malaysia berada pada kedudukan nama ke-397 paling popular dan seramai 816 bayi perempuan dinamakan sempena nama bayi Malaysia. Pada tahun tersebut juga merupakan tahun paling ramai penduduk Amerika Syarikat menamakan bayi mereka dengan nama bayi Malaysia.

Sementara itu, seramai 719 bayi perempuan yang dilahirkan pada tahun 2015 juga dinamakan Malaysia. Nama Malaysia mengatasi nama negara lain seperti Kenya, Amerika dan India sebagai nama pilihan bayi sehingga mencatatkan Malaysia pada kedudukan nama ke-436 pada tahun tersebut.

Sebelum itu nama “Muhammad” menjadi carian paling popular dan terletak di kedudukan ke-32 sepanjang tahun 2021. Namun, nama tersebut tidak dapat menduduki tempat pertama secara rasminya dalam carian kerana ia mempunyai banyak ejaan. Pastinya kita semua tidak menyangka nama itu juga menjadi pilihan paling popular di luar negara dan membuatkan Malaysia popular jadi nama bayi di Amerika Syarikat.

Sebab Malaysia popular jadi nama bayi di Amerika Syarikat

Mungkin tidak ramai tahu, mengapa Malaysia menjadi popular dalam carian nama bayi di Amerika Syarikat kan? Berdasarkan laman web Baby Center memaparkan data yang boleh dilihat dengan mata kita sendiri. Pemilihan nama-nama bayi terutamanya nama bayi perempuan Malaysia perlu tepat kerana ia menunjukkan keindahan dan kecantikan maknanya yang tersendiri.

Selain itu juga dapat dilihat, nama yang popular sering dipilih bagi bayi perempuan Malaysia ialah Nur, Wan dan Nurul. Manakala bagi bayi lelaki pula ialah Muhammad, Ahmad dan Adam. Di negara kita, admin rasa ia bukanlah sesuatu kelainan kerana nama-nama tersebut merupakan nama yang menjadi nama pertama pilihan ibu bapa kita. Apatah lagi, nama-nama bayi di Malaysia ini panjang-panjang.

Malaysia popular sebagai nama bayi di Amerika Syarikat
Gambar hanya sekadar ilustrasi.

Memang tak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan negara yang semakin dikenali ramai melalui carian nama bayi perempuan di luar negara.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *