Kisah Menarik Pembinaan KLCC

13/02/2023 by No Comments

Menara Berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai Menara KLCC merupakan sebuah bangunan yang tertinggi di seluruh negara. Jadi, mari kita kaji dengan lebih lanjut tentang kisah menarik pembinaan KLCC ini!

KLCC merupakan sebuah bangunan yang tertinggi pada tahun 1998 sehingga 2004, sebelum ia ditewaskan oleh bangunan Burj Khalifa, Dubai dan bangunan Taipei 101, Taiwan. Menara Berkembar KLCC ini juga merupakan mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur yang cukup dikenali di mata dunia.

Sejarah Pembinaan Menara Berkembar KLCC

Kisah Menarik Pembinaan KLCC
Sumber: The Reporter

Idea pembinaan Menara Berkembar KLCC mula dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menginginkan bangunan tinggi serta mempunyai ciri-ciri Malaysia.

Menara Berkembar Petronas mengambil masa selama 7 tahun bagi menyiapkannya dan ia siap dibina pada tahun 1998. Ia dibina di atas padang lumba kuda Kuala Lumpur dan pembinaannya pula bermula pada tahun 1993.

Menara setinggi 88 tingkat yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca. Ia direka bagi menyerupai motif kesenian Islam dalam mencerminkan agama Islam di Malaysia. WOW! Memang menarik kisah pembinaan KLCC ni kan?

Untuk pengetahuan anda, Menara 1 telah dibina oleh kontraktor dari Jepun iaitu, Hazama Corporation. Manakala Menara 2 pula dibina oleh kontraktor dari Korea Selatan, Samsung Engineering & Construction.

Walaupun Menara 1 memulakan pembinaan terlebih dahulu, tetapi Menara 2 lebih awal disiapkan. Hal ini sekali gus membanggakan rakyat dan negara Korea, seolah-olah mereka menang dalam pertandingan di antara dua negara.

Kerja-kerja juga telah dijalankan tanpa rehat selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, supaya dapat mencapai target dan bajet dalam tempoh enam tahun. Hal ini kerana, Malaysia berisiko untuk menanggung kerugian yang besar jika tempoh tersebut dilajakkan. Kisah pembinaan KLCC ini sememangnya menarik kalau kita kaji lebih dalam tau…

KLCC Kebanggaan Rakyat | Kisah Menarik Pembinaan KLCC

Kisah Menarik Pembinaan KLCC
Sumber: Suria KLCC

KLCC yang siap dibangunkan atas usaha kerja keras banyak pihak ini bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, namun turut menjadi kebanggan rakyat Jepun dan Korea. Hal ini kerana, mereka merupakan tulang belakang dalam pembinaan menara tertinggi yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur dan Malaysia pada hari ini.

Sejujurnya, Cik Min sangat bangga dengan Menara Berkembar Petronas KLCC ini dan tidak sangka ia mempunyai kisah pembinaan yang sangat menarik! Dengan wujudnya KLCC ini, ia pasti menarik lebih banyak minat pelancong luar untuk datang ke Malaysia dan melihat sendiri keunikan Menara Berkembar Petronas kita ini.

Jadi, marilah kita pelihara dan menjaga ikon negara tersebut supaya ia terus dipandang megah dan tinggi oleh negara -negara luar ya! Negaraku, Malaysia.

Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Kisah Menarik Pembinaan KLCC”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *