Kesan Long Covid Terhadap Bekas Pesakit

21/02/2022 by No Comments

Sejak kebelakangan ini, kes di Malaysia semakin menaik kan? Lagi menambah kerisauan apabila kes mencecah lebih dari 20,000 setiap hari. Pada masa yang sama, hampir setiap hari juga kita akan dapat khabar daripada orang-orang sekeliling yang turut terkena jangkitan Covid-19 ini. Jadi, jangan ambil mudah ya! Nak dijadikan cerita, walaupun selepas seseorang itu sudah sembuh dan disahkan negatif, mereka mungkin akan mengalami kesan Long Covid dalam tempoh 12 minggu atau lebih, setelah sembuh tau!

Oleh itu, hari ini Cik Min nak borak sikit tentang kesan Long Covid ini terhadap bekas-bekas pesakit Covid-19. Info ini Cik Min dapatkan dari portal EduBestari.

Kesan Long Covid Terhadap Bekas Pesakit

kesan long covid

Kesan Long Covid ini mampu menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit Covid-19 sama ada mereka bergelaja ringan mahupun yang bergejala serius.

Antara keadaan yang dialami oleh bekas pesakit adalah berpunca daripada komplikasi jangkitan Covid-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh mereka. Amat penting untuk kita ketahui bahawa ia akan menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit, namun masih boleh dihadapi oleh mereka dengan baik.

Pelbagai Sindrom Long Covid

kesan long covid

Terdapat pelbagai sindrom yang dapat dilihat melalui pelbagai aspek, seperti yang tertera di bawah ini.

Gejala yang kerap dialami:

  • • Batuk
  • • Kelesuan
  • • Kegelisahan
  • • Sukar tidur malam
  • • Kesukaran bernafas ketika beraktiviti

Pernafasan:

  • • Batuk
  • • Kesukaran bernafas

Otak:

  • • Pening
  • • Kecelaruan
  • • Sakit kepala
  • • Gangguan tidur
  • • Gejala neuropati periferi
  • • Gangguan kognitif (lemah ingatan, kurang daya tumpuan)

Psikologi:

  • • Gejala kegelisahan
  • • Gejala kemurungan

Jantung:

  • • Berdebar
  • • Sakit dada
  • • Sesak dada

Kulit:

  • • Sakit tekak
  • • Sakit telinga
  • • Hilang deria rasa/bau
  • • Tinnitus (bunyi di telinga)
  • • Ruam telinga/hidung/tekak

Otot/Tulang

  • • Sakit otot
  • • Sakit sendi

Gastrousus

  • • Loya
  • • Cirit-birit
  • • Sakit abdomen
  • • Anoreksia atau hilang selera makan

Jaga Diri dan Patuh SOP

kesan long covid

Mengerikan betul semua sindrom-sindrom Long Covid ni kan? Sebab itulah pentingnya untuk kita jaga keselematan dan kesihatan diri serta keluarga daripada jangkitan Covid-19 ini. Pengambilan vaksin, amal 3W dan elak 3S, pengudaraan yang baik, serta pematuhan SOP pasti mampu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Ikhtiar sahaja mana yang baik, bak kata orang. Semoga kita terlindung daripada sebarang jangkitan, mahupun kesan Long Covid ini ya!


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published.