Kejadian Banjir di Kelantan Jejas Beberapa Jajahan

12/11/2021 by No Comments

Kejadian banjir di Kelantan sekali lagi melanda negeri itu sejak beberapa bulan yang lalu. Lima jajahan iaitu Bachok, Gua Musang, Jeli, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat dikhabarkan terjejas akibat kejadian tersebut.

Kalau anda ada membaca artikel yang Cik Min dah tulis sebelum ini, “Musim Tengkujuh di Malaysia Bakal Melanda?”, mesti anda tak terkejut dah. Beberapa negeri di pantai timur akan mengalami musim tengkujuh yang sangat serius, mungkin akan menyebabkan bencana alam. Kelmarin, Cik Min baca berita di Facebook, Kelantan antara negeri di Pantai Timur yang sudah dan sedang dilanda banjir.

Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Kelantan bakal berdepan hujan lebat berterusan melibatkan jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Jumlah Mangsa Akibat Kejadian Banjir di Kelantan

Sehingga hari ini, jumlah mangsa akibat banjir di Bachok dilaporkan seramai 26 orang daripada enam keluarga kini ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat, Bachok.

Cik Min hanya berkongsi maklumat mengenai jumlah mangsa banjir di Bachok, namun anda boleh melihat laporan penuh mengenai jumlah mangsa banjir di setiap jajahan di sini.

Mangsa Kejadian Banjir di Kelantan Dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

Sinar Harian telah melaporkan jumlah penduduk yang tinggal di Taman Siti Jaya, Jelawat di Bachok dan Kampung Surau Batu adalah seramai 24 orang.

Pihak-pihak yang terlibat dalam misi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir ke PPS ialah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penghulu kampung.

Tindakan pantas mereka telah berjaya menyelamatkan beberapa mangsa yang terjejas termasuklah seorang nenek yang tua.

Kesemua penduduk tersebut telah dipindahkan ke PPS selepas rumah mereka ditenggelami air pada 10 Januari yang lalu.

Pusat Pemindahan Pertama Dibuka di Kelantan

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *