Facebook Instagram dan WhatsApp Down

06/10/2021 by No Comments

Facebook, Instagram, dan WhatsApp down pada 5 Oktober 2021 seluruh dunia. Seluruh dunia digemparkan dengan tiga aplikasi ini down. Masa berlaku tu waktu malam antara 12 pagi sehingga 8 pagi. Bayangkan kita bangun jam 4.45 pagi dan tengok Facebook kita keluar macam ni!

Sumber: Facebook

Bagaimana dengan usahawan dan apa kita perlu lakukan jika Facebook, Instagram, dan WhatsApp down?🤔

Apabila kita berniaga secara dalam talian, media sosial sangat penting. Hal ini agar kita dapat memberikan informasi dan kekal berinteraksi bersama orang ramai. Tapi, baru-baru ini aplikasi Facebook, Instagram, dan WhatsApp mengalami gangguan teknikal. Hal ini di mana pengguna tidak dapat mengakses dan menghantar pesanan kepada individu yang dikehendaki.

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ni memang Facebook kurang memaparkan update di Home. Mungkin ingin menggalakkan kita tidur berbanding skrol aplikasi ni jadi aktiviti malam dan Facebook ini memang sudah berkurangan.

Namun, siapa yang lewat tidur kerana kerja pasti sedar lebih awal. Bukan sedikit juga usaha rakyat Malaysia di antaranya restart modem, uninstall Facebook dan ada juga yang format telefonnya penangan tiga aplikasi tersebut down!

Saham syarikat Facebook juga dikhabarkan hilang 29 billion dalam 6 jam. Mungkin ramai pemegang saham jadi risau dengan perkara ini kan?

Sebagai individu yang menggunakan aplikasi ini secara personal, tidaklah terkesan sangat. Kita masih boleh SMS dan call untuk urusan keluarga. Paling-paling ialah terasa sunyi dan ada lebihan masa hahaha. Cuba bayangkan jika semua media sosial down pada masa yang sama. Apa yang perlu kita buat?🤔 Adakah kita perlu guna surat-menyurat seperti zaman dahulu kala?

Facebook Instagram dan WhatsApp Down
Facebook Instagram dan WhatsApp Down

Usahawan yang meniaga online mesti lagi risau kerana database pelanggan tidak dapat diakses dan segala mesej daripada pelanggan tidak dapat dibalas. Tip-tip ini semua daripada Lunaworks yang merupakan sebuah syarikat latihan dan coaching pemasaran digital untuk usahawan tentang apa yang kita pelajari dari kisah Facebook, Instagram, dan Whatsapp down kali ini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel yang menarik di CeritaMalaysia.

Travel, Trend dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *