Cara ke Ipoh Menaiki ETS

23/02/2023 by No Comments

Hai travellers! Berita baik untuk para pengembara di Malaysia, hari ini Cik Min nak kongsikan cara ke Ipoh dengan hanya menaiki ETS. ETS ini bermaksud Electric Train Service yang boleh membawa anda dari satu tempat ke tempat yang lain dalam tempoh masa yang lebih pendek tau…

Public transportation sememangnya terkenal di Malaysia, kerana ia digunakan oleh kebanyakan penduduk untuk ke tempat kerja. Bahkan, terdapat juga segelintir masyarakat di Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam untuk mengembara atau pulang ke kampung halaman.

Namun, bukanlah semua kenderaan awam ini boleh digunakan untuk pengembaraan jauh. Mengikut kajian Cik Min, hanya ETS sahaja yang menawarkan perjalanan jarak jauh dengan kadar keselesaan yang tinggi di Malaysia. Sebab itulah Cik Min nak kongsikan cara-cara menaiki ETS ke Ipoh, Perak ini kepada anda semua!

Langkah-langkah Menaiki ETS ke Ipoh

Pasti ramai yang ingin mencuba menaiki ETS, tetapi tidak tahu caranya kan? Mari Cik Min terangkan cara menaiki ETS ke Ipoh untuk rujukan anda.

1. Pembelian tiket boleh dibuat secara dalam talian ataupun di kaunter-kaunter kereta api yang berdekatan. Anda boleh beli tiket ETS secara online di laman ini.

Cara ke Ipoh Menaiki ETS

2. Sila login terlebih dahulu untuk memudahkan urusan pembelian tiket. Butang login terletak di sebelah atas kanan laman tersebut.

3. Pilih Ipoh sebagai destinasi anda dan tetapkan tarikh bertolak dan tarikh pulang, serta jumlah tiket yang mahu dibeli. Kemudian tekan butang search.

Cara ke Ipoh Menaiki ETS

4. Di laman ini, anda perlu memilih jenis seat yang dimahukan. Antara pilihan yang diberikan adalah silver, gold dan platinum.

Cara ke Ipoh Menaiki ETS

5. Kemudian pilih susunan atau kedudukan seat yang anda mahu di dalam ETS nanti.

Cara ke Ipoh Menaiki ETS

6. Seterusnya anda perlu mengisi maklumat penumpang dan membuat pembayaran secara dalam talian.

7. Akhir sekali, anda perlu print tiket yang dibeli tersebut di kaunter stesen KTM ETS yang telah dipilih, dan boleh terus menunggu tren ETS anda di platform yang disediakan untuk ke Ipoh.

Langkah atau cara ke Ipoh dengan menaiki ETS ini perlu dititik beratkan terlebih dahulu supaya dapat memudahkan perjalanan anda ke sana nanti. Elakkan daripada tidak mengetahui sama sekali sebelum merancang perjalanan ya…

Fakta dan Kelebihan ETS

Selain pengembara, para pelajar juga turut menggunakan khidmat pengangkutan awam, ETS, terutama mereka yang mahu pulang ke kampung halaman yang berada jauh dari lokasi kampus.

ETS yang merupakan singkatan bagi Electric Train Service, merupakan perkhidmatan tren laju dan mula diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010. Terdapat beberapa kelebihan tambahan yang menarik pada ETS ini seperti:

1. Kelajuan

Biar lambat, asalkan selamat. Peribahasa yang sangat baik untuk kegunaan harian, tetapi tidak digunakan apabila menaiki ETS ini tau! Hal ini kerana, kelajuannya boleh mencecah 140km/j dengan kes risiko kemalangan yang rendah.

2. Bebas tekanan kesesakan

Kenderaan yang biasa digunakan di jalan raya seperti kereta dan bas, akan memberi tekanan kesesakan kepada penggunanya. Namun, ETS merupakan pengangkutan awam yang bebas tekanan kesesakan dan amat selesa dengan kemudahan yang disediakan. Tiada lagi traffic jam kalau naik ETS tau!

Akhir kata, selamat berjalan-jalan ke Ipoh! Rancanglah perjalanan anda dengan baik supaya perjalanan anda sentiasa berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Cara ke Ipoh Menaiki ETS”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *