Banjir Klang Setia Alam

18/12/2021 by No Comments

Semalam hari mendung dari pagi dan mulai hujan sejak tengahari. Masa tu hati dah terdetik, semoga tiada kawasan yang banjir. Bila musim hujan di Malaysia, memang akan ada kes banjir. Pagi ini bila Cik Min buka sosial media, nampak beberapa orang kawan yang menghadapi banjir Klang Setia Alam.

Kisah Banjir Klang Setia Alam

Hati tak berhenti berdoa bila tengok FB Puan Noor Rabi Atul Adawiyah berkongsi keadaan rumahnya yang terletak di Klang. Ia mula ditenggelami air sekitar jam 7 petang.

Air mulai masuk ke dalam rumah
Kawasan luar rumah pun ditenggelami air terutama bahagian tanah rendah
Puan Noor Rabi Atul Adawiyah bersama anak-anak di dalam kereta malam tadi akibat rumah banjir.

Jom camping dalam kereta malam ni. Terima kasih korang yang mendoakan. Inshaa’Allah kami sekeluarga baik-baik aje dalam jagaan ALLAH. Kami anggap ujian ini adalah teguran dari ALLAH. Kami redha. Mudah-mudahan hujan reda dan air surut dengan cepat. Allahuma aamiin 🤲🏼

Puan Noor Rabi Atul Adawiyah
Keadaan pagi ini di Klang

Ini pula perkongsian gambar-gambar petang semalam dari Tuan Fuad Latip tentang keadaan banjir Klang Setia Alam.

Tak berhenti hujan turun menyebabkan kenaikan air dan banjir Klang Setia Alam.

Ini pertama kali air naik kawasan Setia Alam beritahunya.

Gambar senja semalam
Air mula bertakung di kawasan luar rumah
Hujan yang masih lebat sehingga malam menyebabkan air naik dan banjir Klang Setia Alam
Kereta ditenggelami air

Pagi Sabtu 18/12/2021. Air sedikit surut. Alhamdulillah, rumah saya… Air tak sampai ke dalam rumah masa hujan lebat dan air laut pasang. Sekadar sekaki sahaja masuk ke porch. Doakan hari ini lebih baik dan surut 100%. Tapi….masih hujan dan macam kembali lebat.

Tuan Fuad Latip

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Namun sahabat handai tidak putus mendoakan keselamatan keluarga yang mengalami banjir Klang Setia Alam ini.

Komen dari sahabat Tuan Fuad Latip

Pagi ini air semakin surut namun hujan masih turun.

Ini gambar keadaan Setia Alam pagi ini.

Kawasan Setia Alam pagi ini

Semoga kawan-kawan sama ada yang dikenali atau tidak, dilindungi dari musibah dan mara bahaya.

Didoakan banjir Klang Setia Alam cepat surut dan tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa.

Gambar sekitar Meru yang dikongsikan di WhatsApp

Bekalan Elektrik Terganggu ketika Banjir Klang Setia Alam

Pengumuman dari pihak TNB

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel yang menarik di CeritaMalaysia.

Cerita Malaysia, Cerita Kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *