Banjir Kilat di Ampang, Tiada Kehilangan Nyawa Direkodkan

24/11/2021 by No Comments

Kelmarin, kita digemparkan dengan berita banjir kilat yang berlaku di kawasan sekitar Ampang. Kita baru sahaja menerima berita mengenai insiden tanah runtuh yang terjadi di Cameron Highlands, tidak sampai lima hari. Ya, kan?

Anda perasan tak, makin hari makin banyak berita mengenai bencana alam yang dilaporkan oleh akhbar tempatan? Apa tidaknya, punca utama berlakunya semua bencana berkenaan adalah hujan lebat yang turun tanpa henti. Tidak hairanlah sebab sekarang ini, Malaysia sedang mengalami musim tengkujuh.

Banjir Kilat di Ampang Hingga Paras Pinggang

Difahamkan, beberapa kawasan dilanda banjir kilat selepas hujan lebat turun tanpa henti selama tiga jam, sejak petang 21 November yang lalu.

Kawasan yang terlibat adalah Kampung Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan dan Taman Hillview.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, kenaikan air setinggi 1.5 meter berpunca daripada limpahan air dari longkang berdekatan.

Keadaan itulah yang menyebabkan berlakunya insiden banjir di kawasan sekitar Ampang.

Banjir Kilat di Ampang
Terdapat beberapa kenderaan yang ditenggelami air. – Sumber: Malaysia Dateline

Selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7:19 petang, pihak bomba yang terlibat untuk operasi menyelamat telah bergerak ke lokasi berkenaan.

Dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dan BBP Ampang mengetuai operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir.

Mangsa-mangsa Banjir Kilat di Ampang Berjaya Diselamatkan

Cik Min sedia maklum bahawa insiden banjir kilat di Ampang telah mengakibatkan tiga penduduk terperangkap dalam kediaman masing-masing.

Selain itu, dua keluarga turut terperangkap di seberang sungai semasa berkelah di Air Terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali.

Walau bagaimanapun, kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa telah berakhir dan kesemuanya dilaporkan selamat.

Banjir Kilat di Ampang
Kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa banjir dilakukan. – Sumber: MalaysiaGazette

Norazam Khamis berkata kesemua mangsa yang berumur setahun hingga 65 tahun, kini ditempatkan di sebuah pondok yang mempunyai bekalan elektrik.

Tambahnya lagi, buat masa ini, keadaan air adalah terkawal dan pemantauan akan tetap dilaksanakan di lokasi yang berisiko secara berterusan.

Air di kawasan banjir sudah mulai surut. – Sumber: Utusan Malaysia

Beliau turut memaklumkan bahawa pasukan bomba bersedia untuk bergerak ke lokasi banjir sekiranya perlu menjalankan operasi menyelamat.

Buat anda yang di luar sana, Cik Min ingin berpesan supaya melakukan persediaan awal bagi menghadapi banjir.

Letakkan dokumen-dokumen penting di tempat yang tinggi dan sentiasa berwaspada dengan sumber tenaga elektrik di rumah.

Bukan apa, kadang-kadang kita akan terlupa dengan perkara-perkara tersebut, lebih-lebih lagi jika banjir datang secara tiba-tiba.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *