Banjir di Taman Sri Muda Shah Alam

20/12/2021 by No Comments

Baru-baru ini pada hari Sabtu, 18 Disember 2021 telah berlakunya banjir di Taman Sri Muda Shah Alam. Banjir kilat tersebut menenggelamkan perumahan yang ada di kawasan sekitarnya. Cik Min dapat tahu ramai mangsa yang terjejas disebabkan banjir berikutan air yang melimpah dari sungai berdekatan dan hujan yang berlaku secara berterusan.

Cik Min lihat satu video perkongsian daripada netizen yang turut berkongsi keadaan banjir di sekeliling perumahan tersebut. Ia dikatakan sebagai “banjir termenung”. Hal ini demikian kerana, air tersebut kelihatan sama dan tidak mengalami penurunan. Namun, pada pagi ini didapati banjir sedikit surut dari semalam.

Banjir di Taman Sri Muda Shah Alam

Situasi Banjir di Taman Sri Muda Shah Alam

Menurut tinjauan daripada BERNAMA Radio, setakat jam 8 pagi tadi, seramai 11,418 mangsa daripada 4,267 keluarga telah dipindahkan dengan melibatkan 74 PPS dibuka di kesemua daerah di negeri Selangor.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor memaklumkan sebanyak 73 jalan ditutup di Selangor susulan banjir yang masih belum surut setakat 4 pagi tadi.

Selain itu, pasukan penyelamat di lapangan menyatakan setakat jam 11.50 pagi sebentar tadi, kedalaman paras air di Taman Sri Muda, Seksyen 25 kini di paras 2 kaki. Namun, masih ada beberapa kawasan yang kedalaman airnya mencecah paras empat ke lima kaki.

Banjir di Taman Sri Muda Shah Alam

Perkongsian Banjir di Twitter

Cik Min lihat rata-rata netizen berkongsi situasi terkini banjir yang melanda kawasan taman itu. Ramai lagi penduduk yang meminta bantuan kerana masih lagi terkandas di dalam pangsapuri serta di atas bumbung rumah. Memang menyedihkan! Cik Min dapat tahu ini merupakan banjir terburuk yang pernah mereka hadapi.

Melalui satu perkongsian daripada mangsa iaitu, penduduk Taman Sri Muda, yang juga kakak Cik Min sendiri menyatakan keadaan banjir sangat teruk. Penduduk terpaksa menahan kelaparan kerana dari pagi mereka tidak ada bekalan makanan dan ada juga yang mengalami kecederaan.

Bah kali ini mengakibatkan banyak kemusnahan tempat tinggal dan tiga mangsa lemas. Untuk berita lanjut tentang mangsa lemas banjir di Taman Sri Muda Shah Alam, boleh baca di sini.

Banjir di Taman Sri Muda Shah Alam

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *