Indoor Theme Park Terbaik Malaysia 2022

09/09/2022 by No Comments

Anda semua nak ke mana sewaktu cuti sekolah pada hujung tahun nanti? Kalau masih belum ada idea nak ke mana, jom kita serbu beberapa indoor theme park terbaik di Malaysia ini.

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai aktiviti dan tempat menarik yang boleh dikunjungi. Beberapa indoor theme park di Malaysia yang akan Cik Min kongsikan pada hari ini adalah antara pilihan terbaik buat kunjungan anda semua! Jadi, pastikan anda membaca perkongsian Cik Min sehingga habis ya…

Apakah Kelebihan Mengunjungi Indoor Theme Park di Malaysia?

Apa yang seronok sangat indoor theme park di Malaysia ni sebenarnya? Baiklah, mari Cik Min listkan kelebihan utamanya.

  1. ✔️ Perjalanan yang lebih dekat dan tak perlu sehingga ke luar negara.
  2. ✔️ Tidak memerlukan kos yang tinggi, kerana segala kos untuk masuk ke indoor theme park di Malaysia adalah berpatutan.
  3. ✔️ Indoor theme park di Malaysia sangat sesuai untuk semua peringkat umur, terutama para ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

4 Indoor Theme Park Terbaik Di Malaysia 2022

1. Skytropolis Indoor Theme Park

Indoor Theme Park Terbaik Malaysia
Sumber: klook

Skytropolis ini merupakan sebuah taman tema indoor di Genting Highlands yang berkeluasan lebih dari 400,000 kaki persegi.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti ‘Jumping Spurs‘, sebuah menara lompat mini dengan aktiviti penurunan dan pendakian ringan. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak tau! Selain itu, terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik seperti ‘Copper Express‘, ‘Royal Carousel‘, ‘Chariot Cruise‘, ‘Soaring Ships‘, ‘Spin Crazy‘, ‘Super Glider‘ dan banyak lagi.

Waktu Operasi: 2 P.M. – 9 P.M. (setiap hari)
Alamat: Level 1, First World Plaza Resorts World, 69000 Genting Highlands, Pahang.
Website: https://www.rwgenting.com/en/theme-parks/skytropolis-indoor-theme-park.html

2. KidZania Kuala Lumpur

Sumber: klook

KidZania Kuala Lumpur, Malaysia, juga merupakan salah satu indoor theme park terbaik yang sangat sesuai buat anak-anak anda! Ia diwujudkan dengan tujuan mendidik kanak-kanak tentang dunia sebenar secara praktikal dan menghiburkan.

Di KidZania, kanak-kanak boleh belajar tentang lebih daripada 100 kerjaya dalam bidang perniagaan dan ekonomi melalui permainan peranan interaktif, serta ‘menjawat’ pelbagai profesion profesional seperti doktor, doktor gigi, juruterbang dan chef.

Kanak-kanak juga boleh meneroka KidZania secara bebas, kerana ‘bandar’ ini berkeluasan lebih dari 7,000 meter persegi.

Waktu Operasi
✰✰✰
Buka: 10 A.M – 6 P.M. (Rabu – Isnin)
Tutup: Setiap hari Selasa.
Alamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Website: https://www.kidzania.com.my/

3. Escape Petaling Jaya | Indoor Theme Park Terbaik di Malaysia

Indoor Theme Park Terbaik Malaysia
Sumber: klook.com

ESCAPE Petaling Jaya ini pula merupakan sebuah indoor theme park dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik, berlokasi di dalam Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Aktiviti dan permainan yang disediakan di sini adalah direka untuk semua peringkat umur dalam menguji kebolehan, kecerdasan dan tahap ketangkasan mereka.

Terdapat lebih daripada 50 jenis cabaran dan aktiviti menyeronokkan, termasuklah aktiviti seperti menunggang ‘Banana Flip‘ yang menggunakan pad pelancaran untuk membantu anda terbang ke udara.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana setiap aktiviti tunggangan akan disertakan bersama tali pinggang keselamatan dan segala langkah keselamatan akan dipantau oleh kakitangan yang telah ditugaskan.

Waktu Operasi
✰✰✰
Buka: 10 A.M. – 8 P.M (Selasa – Ahad)
Tutup: Setiap hari Isnin.
Alamat: No.1, Jalan SS7/ 26A GB-07, Boulevard, Level G, Paradigm Mall, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Website: https://www.escape.my/pj

4. Berjaya Times Square Theme Park

Indoor Theme Park Terbaik Malaysia
Sumber: klook.com

Taman Tema Berjaya Times Square adalah taman tema yang menampilkan pelbagai jenis aktiviti tunggangan, permainan, serta hiburan secara nyata dan maya! Ia merupakan indoor theme park terbaik di Malaysia dengan keluasan 133,000 kaki persegi.

Antara tarikan yang paling digemari adalah Stesen Galaxy untuk golongan dewasa dan Taman Fantasi untuk golongan kanak-kanak.

Di Stesen Galaxy ini terdapat Supersonic Odyssey dan Multiple-Inverted Roller Coaster sepanjang 800 meter yang juga merupakan roller coaster terpanjang di Asia Pasifik dengan kelajuan 80km sejam. Hebat tak hebat?

Waktu Operasi
✰✰✰
Isnin – Jumaat: 12 P.M. – 8 P.M.
Sabtu – Ahad: 11 A.M. – 8 P.M.
Alamat: Berjaya Times Square, 5th and 7th Floor, 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Website: https://berjayatimessquarethemeparkkl.com/

Jadi, anda bercadang untuk berkunjung ke indoor theme park terbaik di Malaysia yang mana satu tu? Kalau anda sudah membuat pilihan, pastikan anda layari juga website mereka untuk membuat tempahan ticket secara dalam talian.

Cik Min tak bertanggungjawab sekiranya ticket sold out sewaktu cuti sekolah nanti ya, hehe

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Indoor Theme Park Terbaik Malaysia”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim
dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab
pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *