Tempat Menarik di Sekinchan – Wajib Pergi!
Anda ingin berjalan-jalan di sekitar Selangor? Tapi tidak tahu nak ke mana? Semestinya, Cik Min sarankan untuk anda pergi ke tempat menarik di Sekinchan ini. Tentu seronok! Rasanya semua tahu negeri Selangor memang terkenal kerana mempunyai tempat percutian yang sangat menarik untuk anda semua kunjungi.
Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang tempat yang best di Sekinchan. Lokasi ini memang wajib untuk anda semua pergi!
10 Tempat Menarik di Sekinchan, Selangor
Cik Min nak kongsikan serba sedikit mengenai 10 tempat menarik di Sekinchan, Selangor. Info berguna ini dapat memudahkan anda semua membuat pilihan yang tepat untuk pergi bercuti bersama keluarga dan orang tersayang.
1. Pantai Redang Sekinchan
Sebut sahaja tentang Sekinchan, mesti anda akan terfikir tentang sawah padi dan ikan bakar sahaja, kan? Namun, tahukah anda di sini juga terdapat pantai yang cantik iaitu Pantai Redang. Buat anda yang ingin berjalan-jalan ke Selangor, anda patut singgah ke pantai ini.
Di pantai ini sangat sesuai untuk anda menenangkan minda, di samping melihat pemandangan laut yang indah. Anda juga dapat melihat pemandangan matahari terbenam. Pada sebelah petang, anda juga boleh bermain layang-layang kerana angin di pantai ini sangat kuat. Anda boleh bawa keluarga tersayang dan wefie bersama mereka di sekitar pantai ini.
2. Anjung Pool Villa
Kepada anda yang ingin menginap atau bermalam di kawasan sekitar Sekinchan ini, anda patut datang ke Anjung Pool Villa. Vila ini terletak di tepi sawah dan berada dalam kawasan kampung. Kemudahan yang disediakan dalam vila ini ialah private pool. Seronoknya!
Pemandangan luar vila ini sangat indah dan menenangkan kerana dikelilingi sawah padi. Pemandangan dalam vila ini juga sangat menarik kerana ia dibina dengan menggunakan kayu yang asli.
3. Sekinchan Coconut Farm | Tempat Menarik di Sekinchan
Sekiranya anda pergi ke Sekinchan, anda patut berkunjung ke Sekinchan Coconut Farm ini. Tempat ini sangat unik kerana lokasinya berada di kebun kelapa. Anda boleh menikmati coconut shake di sini sambil menghirup udara yang segar!
4. Faridah Mentarang Bakar | Tempat Menarik di Sekinchan
Anda pernah tak makan mentarang? Cik Min tak pernah! Tapi teringin juga nak rasa. Kata orang isinya manis dan rasanya kenyal-kenyal, tapi sedaplah! Kepada yang ingin makan mentarang, anda patut singgah ke Faridah Mentarang Bakar ini.
Kedai ini terletak di Pasir Panjang, Sekinchan. Terdapat pelbagai menu lain yang perlu anda cuba!
5. Laman Tebu Aidil
Sebagai penggemar minuman tebu yang ori, sememangnya anda perlu berkunjung ke tempat ini. Laman Tebu Aidil menyediakan minuman tebu yang segar, dibuat terus dari laman tebu yang berdekatan.
Laman Tebu Aidil ini terletak tidak jauh dari Pasar Jerami. Di sini juga terdapat makanan ringan untuk anda sambil menikmati panorama yang segar dan indah. Anda juga boleh mengambil gambar di sini sebagai kenangan.
6. Farm Ville Homestay, Sekinchan
Sekali tengok tempat ni macam di overseas! Tapi sebenarnya tempat ini di Sekinchan sahaja. Farm Ville Homestay ini menampilkan pemandangan yang mewah dan unik untuk anda menginap di sini.
Di Farm Ville Homestay ini juga banyak menyediakan tempat-tempat yang menarik untuk anda bergambar. Terdapat aktiviti yang menyeronokkan di sini iaitu Roof Top Trampoline, pool dan mini golf. Homestay ini juga diperbuat daripada kontena. Memang cantik!
Harga yang ditawarkan untuk semalaman ialah RM98 sahaja. Apa lagi? Jom bawa ahli keluarga datang ke sini!
7. OrangOrang Art Cafe | Tempat Menarik di Sekinchan
Tempat menarik yang anda perlu kunjungi di Sekinchan ini ialah di OrangOrang Art Cafe. Kafe ini menyediakan menu eksotik seperti belangkas, ketam nipah, sotong sumbat telur belangkas, mentarang, udang galah, belut, ikan haruan, burung puyuh dan sebagainya.
8. BUS Cafe Sekinchan
Bagi anda yang gemar pergi ke kafe hipster, BUS Cafe Sekinchanlah tempatnya! Hal ini kerana, bas tersebut berada di tengah bendang dan menjadi tarikan pelancong kerana ianya cukup unik. Anda juga dapat merasai pengalaman menghirup kopi di sini. Selain itu, di BUS Cafe Sekinchan ini juga menyajikan menu yang lain seperti kek dan pencuci mulut.
9. Padi Box
Sekiranya anda sekeluarga berminat untuk melancong ke Sekinchan, anda boleh menempah penginapan di Padi Box ini. Homestay ini menyediakan pengalaman yang berbeza kepada pelanggan mereka.
Anda boleh bersantai di kontena yang comel dengan pemandangan yang indah dan cantik!
10. Ah Ma House, Sekinchan
Sekiranya ada berkunjung ke Sekinchan, anda juga boleh pergi Ah Ma House. Ah Ma House ini adalah sebuah kedai runcit yang menjual barang-barang old school. Apabila anda masuk ke Ah Ma House ia seperti mengimbau kembali memori lama yang seakan-akan pudar dengan peredaran masa. Terdapat sudut-sudut yang sangat sesuai dan menarik untuk bergambar. Anda juga boleh membeli kuih kapit di sini kerana ianya dikatakan sangat enak dan popular.
Di sini juga terdapat barang lama seperti radio dan kerusi rotan.
Anda semua dah tengok tempat menarik di Sekinchan? Mesti tak tahu nak pergi ke lokasi yang mana kan? Tepuk dada tanya hati hehehe!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem