Tembikai Jadi Simbol Palestin – Ini Alasannya!

07/11/2023 by No Comments

Pernahkah anda terfikir mengapa selama ini buah tembikai jadi simbol Palestin? Baru-baru ini, sekali lagi konflik Israel-Palestin telah menggegarkan seluruh dunia, dan ramai orang awam menyertai demonstrasi untuk memberi tanda sokongan terhadap negara Palestin yang kerap diserang kejam oleh Israel.

Namun begitu, adakah anda pernah terlihat gambar-gambar tembikai yang dibawa oleh orang awam semasa demonstrasi tersebut? Agak-agaknya mengapa ya? Jika anda ingin tahu lebih lanjut, mari Cik Min kongsikan.

Rupanya Ini Jawapan Mengapa Buah Tembikai Jadi Simbol Palestin!

Pada 7 Oktober 2023 yang lalu, dunia digemparkan dengan perang Israel-Palestin (Taufan al-Aqsa), apabila operasi ketenteraan serang balas telah dijalankan oleh para Pejuang Briged Izzuddin Al-Qassam dan para Pejuang Palestin yang lain, terhadap tentera rejim zionis Israel. Tindakan peperangan ini telah mengakibatkan tekanan dan jumlah korban yang amat dahsyat buat rakyat Palestin.

Seluruh rakyat di serata dunia terpanggil untuk memberi sokongan terhadap rakyat Palestin dengan mengadakan demonstrasi di negara masing-masing, selain menyebarkan maklumat benar dan terbaharu tentang peperangan tersebut dari semasa ke semasa di media sosial.

Semasa demonstrasi tersebut, terdapat sebahagian penyokong telah mengangkat bendera dengan gambar buah tembikai. Tetapi, mengapa tembikai? Haaa, berikut adalah antara sebab mengapa buah tembikai jadi simbol Palestin:

1. Pengibaran Bendera Palestin Adalah Dilarang oleh Pihak Israel

Kalau anda nak tahu, Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir, mendakwa beliau telah mengarahkan polis untuk merobohkan mana-mana bendera Palestin yang dikibarkan secara terbuka. Polis-polis yang bertugas sering bertindak tegas dengan mendakwa bahawa bendera tersebut boleh “mengganggu keamanan.”

Namun kita semua tahu bahawa pihak Israel sengaja berniat untuk menyekat sebarang gerakan nasionalisme Palestin dan Arab, supaya mereka kekal berkuasa ke atas negara-negara tersebut. Oleh itu, pihak Israel telah mengharamkan sebarang pengebaran bendera Palestin dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melakukannnya.

Semasa penangkapan dijalankan secara berterusan, sebuah pertubuhan bernama Zazim mulai menambah imej potongan tembikai pada teksi di Tel Aviv, dengan teks yang bertulis “Ini bukan bendera Palestin”, untuk mengelakkan rakyat Palestin daripada ditangkap kerana mengibarkan gambar buah tembikai tersebut.

2. Buah Tembikai Mempunyai Warna yang Sama dengan Bendera Palestin

Jika anda lihat pada buah tembikai yang dipotong, terdapat warna-warna yang sama seperti bendera Palestin iaitu merah, hijau, hitam dan putih. Kreatifkan cara mereka berfikir demi memberi sokongan buat Palestin?

Memandangkan sebarang aktiviti seperti membawa, mengibar dan mempamerkan bendera Palestin sering dihalang oleh pihak berkuasa Israel, maka sepotong buah tembikai inilah yang digunakan untuk melambangkan negara mereka sendiri.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengapa buah tembikai jadi simbol Palestin, anda juga boleh menonton video yang Cik Min sediakan di bawah ini:

@sinar_my

Jika anda tertanya-tanya. Kenapa lambang tembikai digunakan untuk solidariti terhadapa Palestine. Ini secara ringkas kenapa penggunaan tembikai dipilih. #trending #fypシ #xyzbca #palestine #gaza #palestinewillbefree

♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja
Video Tiktok Perkongsian Radio Malaysia SINAR – Menyinari Hidupmu @sinar_my

Meskipun dilarang mengibarkan bendera negara mereka sendiri, ia langsung tidak membunuh semangat cintakan negara di dalam hati rakyat Palestin ini. Semoga mereka sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi peperangan ini dan mencapai kemenangan suatu hari nanti. From the river to the sea, Palestine will be free!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Tembikai Jadi Simbol Palestin | Ini Alasannya!” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *