Gelanggang Luncur Ais di Malaysia
Dah boleh berjalan-jalan ni mesti anda semua nak pergi ke tempat yang menarik, bukan? Anda boleh mengisi masa lapang anda itu dengan pergi ke gelanggang luncur ais di Malaysia! Cik Min rasa memang seronok jika dapat pergi ke tempat sebegitu. Tapi sayangnya, belum ada kesempatan lagi.
Jadi, hari ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua mengenai gelanggang luncur ais di Malaysia. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapat daripada portal Klook.
7 Gelanggang Luncur Ais di Malaysia
Sebenarnya banyak sahaja gelanggang luncur ais di Malaysia ini, bukan? Harapnya dengan perkongsian Cik Min ini, dapat membantu anda semua untuk memilih gelanggang luncur ais yang sesuai di hati! Anda juga boleh membawa keluarga, rakan-rakan atau orang yang tersayang pada hujung minggu ini untuk ke gelanggang luncur ais.
1. Sunway Pyramid Ice, Sunway Pyramid | Gelanggang Luncur Ais di Malaysia
Sambil anda sekeluarga berjalan-jalan di Sunway Pyramid Mall, apa kata anda pergi ke Sunway Pyramid Ice? Mesti seronok! Sunway Pyramid Ice merupakan gelanggang meluncur ais yang pertama dibina di Malaysia dan ianya sangat popular! Ramai pelancong dari dalam dan luar negara membawa keluarga mereka ke sini.
Selain itu, servis yang ditawarkan di sini juga sangat baik dengan adanya pembantu yang mengajar anda meluncur ais! Kebiasaannya tempat ini sangat sibuk pada hujung minggu dan cuti umum.
Harga tiket masuk ke Sunway Pyramid Ice ialah RM25 seorang pada hari Isnin hingga Jumaat dan RM30 pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.
- Dibuka setiap hari pada: 10 a.m. – 7.30 p.m.
- Alamat: LG3 Sunway Pyramid, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
2. Blue Ice Skating Rink, 163 Retail Park | Gelanggang Luncur Ais di Malaysia
Bagi anda yang berada berdekatan Selangor atau Kuala Lumpur, anda boleh pergi ke Blue Ice Skating Rink, 163 Retail Park ini. Gelanggang luncur ais ni baru sahaja dibuka pada awal tahun dan ia merupakan gelanggang luncur ais yang terbaru di Mont Kiara.
Walaupun gelanggang ini kelihatan agak kecil tetapi ianya sudah memadai untuk anda yang ingin bermain luncur ais bersama orang yang tersayang! Gelanggang luncur ais ini juga dihiasi lampu neon yang cantik untuk anda bergambar! Anda juga boleh mengambil gambar ketika anda meluncur ais. Pasti seronok!
Harga tiket masuk ke Blue Ice Skating Rink Mont Kiara ialah RM25 seorang pada Isnin hingga Jumaat dan RM30 seorang pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.
- Dibuka setiap hari pada: 10 a.m. – 10 p.m.
- Alamat: 3F-03, 163 Retail Park, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
3. Blue Ice Skating Rink, KL East Mall | Gelanggang Luncur Ais di Malaysia
Kepada anda yang gemar bermain luncur ais, anda boleh pergi ke Blue Ice Skating Rink yang berada di KL East Mall, Taman Melawati. Gelanggang ini menyajikan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan apabila anda bermain luncur ais. Gelanggang ini mula dibuka pada akhir tahun lepas dan merupakan gelanggang terbesar berbanding di Mont Kiara.
Anda boleh datang ke sini untuk belajar dalam kelas meluncur ais! Harga tiket masuk ke gelanggang ini ialah RM25 seorang pada hari Isnin hingga Jumaat dan RM30 seorang pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.
- Dibuka setiap hari pada: 10 a.m. – 10 p.m.
- Alamat: G1-21, Ground Floor 1, KL East Mall, 823, Jalan Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur
4. Icescape, IOI City Mall | Gelanggang Luncur Ais di Malaysia
Umum diketahui, gedung membeli-belah IOI City Mall yang berada di Putrajaya mempunyai gelanggang luncur ais iaitu Icescape. Untuk anda yang inginkan kelainan, anda boleh bermain luncur ais di sini! Icescape ini merupakan gelanggang pertama yang menepati saiz gelanggang luncur ais Olimpik. Gelanggang ini mula dibuka pada tahun 2014 dan ia menyediakan ruang yang luas untuk anda bermain luncur ais.
Harga tiket masuk ialah RM28 seorang pada hari Isnin hingga Jumaat dan RM33 seorang setiap satu sesi pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Apa lagi? Anda bolehlah bawa anak-anak datang ke gelanggang ini!
- Dibuka setiap hari pada: 10 a.m. – 10 p.m.
- Alamat: AT-4, IOI City Mall, IOI Resort, 62502 Putrajaya
5. Malaysia National Ice Skating Stadium (MYNISS), Empire City | Gelanggang Luncur Ais di Malaysia
Bagi anda yang minat bermain luncur ais, anda juga boleh pergi ke Malaysia National Ice Skating Stadium (MYNISS). Gelanggang luncur ais ini juga merupakan gelanggang pertama yang bercirikan Olimpik di negara kita. Selain itu, gelanggang ini juga mempunyai peralatan yang mencukupi dengan kemudahan untuk piawaian pertandingan kelas pertama dunia!
Gelanggang ini juga pernah digunakan semasa Sukan SEA 2017! Gelanggang ini dibuka kepada semua orang terutamanya bagi anda yang ingin mencuba buat kali pertama. Harga tiket masuk ke gelanggang ini ialah RM20 seorang pada hari Isnin hingga Jumaat, RM25 seorang pada hujung minggu dan RM30 seorang pada cuti umum dan cuti sekolah.
Gelanggang luncur ais (MYNISS) ini ditutup buat sementara waktu, Cik Min rasa mungkin sebab COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Alamat: 8, Empire City, Jalan Damansara, PJU 8, 47820 Petaling Jaya, Selangor
6. The Royale Ice Skating Rink, The Royale Chulan
Sekiranya anda pergi ke The Royal Chulan Hotel, anda patut singgah ke The Royal Ice Skating Rink ini. Gelanggang ini berada di lobby hotel dan menyajikan pemandangan yang indah buat pelanggan hotel!
Harga tiket masuk ke gelanggang luncur ais ini ialah RM30 seorang pada hari Isnin hingga Jumaat dan RM35 seorang pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Apa lagi, jomlah pergi ke gelanggang luncur ais yang ada di Malaysia ini!
Untuk makluman anda, gelanggang luncur ais ini telah ditutup buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.
- Alamat: The Royale Chulan Damansara, 2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
7. Blue Ice Skating Rink, Paradigm Mall Johor Bahru
Setahu Cik Min, di Johor Bahru (JB) memang banyak tempat pelancongan yang menarik untuk anda kunjungi. Tapi, bagi anda yang minat bermain luncur ais, anda boleh pergi ke Blue Ice Skating Rink yang berada di Paradigm Mall! Gelanggang luncur ais ini mula dibuka pada tahun 2017. Ia merupakan gelanggang pertama dibina di JB. Sekiranya anda berada di sini, anda boleh berehat dan bermain aktiviti yang menarik seperti kelas luncur ais.
Harga tiket masuk untuk ke gelanggang luncur ais ini ialah RM25 seorang pada hari Isnin hingga Jumaat dan RM30 seorang pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.
- Dibuka setiap hari pada: 10 a.m. – 10 p.m.
- Alamat: 3F-30, Paradigm Mall, Jalan Bertingkat Skudai, Johor Bahru, 81200 Johor
Sekarang mesti anda sudah tahu tentang gelanggang luncur ais di Malaysia, kan? Apa tunggu lagi, ajaklah ahli keluarga anda ke sana pada hujung minggu nanti!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem