Flora Park di Cameron Highlands
Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu daripada media sosial Facebook tentang Flora Park di Cameron Highlands! Umum mengetahui, Cameron Highlands merupakan antara tempat pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Selain daripada mengunjungi ladang teh dan strawberi, rata-rata pengunjung tempatan dan luar negara melancong ke Cameron Highlands kerana ingin menikmati pemandangannya yang menarik.
Jadi, kali ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang Flora Park Cameron Highlands ini. Ia tentunya destinasi yang menarik dan wajib untuk anda lawati! Informasi yang berguna ini Cik Min dapatkan daripada portal Remaja.
Tarikan Terbaharu di Cameron Highlands
Seperti yang anda semua tahu, Cameron Highlands memang menyajikan tempat-tempat yang indah untuk dilawati. Cik Min pun pernah berkunjung ke sana untuk merasai sendiri pengalaman berada di tempat tinggi yang sejuk dan nyaman.
Kebiasaannya, semasa berada di Cameron Highlands, anda pasti akan lawati ladang teh, beli sayur-sayuran, buah-buahan dan kaktus. Namun, sebenarnya banyak lagi daya tarikan dan tempat menarik yang baharu di sini tau!
Antara tarikan terbaharu di Cameron Highlands adalah Flora Park Cameron Highlands! Ia merupakan taman bunga yang besar dan dipenuhi dengan bunga-bungaan yang sangat indah dan mekar. Memang jatuh hatilah, jika anda berkunjung ke sini!
Flora Park di Cameron Highlands ini terletak berdekatan dengan Kea Farm. Selain itu, setiap sudut di taman bunga ini juga sangat memukau dan sesuai untuk anda yang ingin mencari ketenangan serta mahu bergambar. Lebih menarik lagi, anda boleh makan di sini ala-ala ‘picnic’.
Tempat Picnic
Anda juga boleh berkelah bersama ahli keluarga di sini! Cik Min rasa macam ala-ala berada di negara Eropahlah, seronoknya! Jika anda rasa malas untuk sediakan atau bawa makanan, jangan risau! Taman bunga ini juga menyediakan pelbagai jenis makanan dan pencuci mulut yang enak seperti kek, pizza dan sebagainya.
Walaupun taman bunga ini belum dibuka sepenuhnya, namun, pihak Flora Park Cameron Highlands memberi beberapa gambar menarik buat pengunjung semua. Tentu anda semua berasa teruja, bukan? Hehehe.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Cik Min tentang Flora Park di Cameron Highlands kali ini. Jadi, apa tunggu lagi? Ajaklah keluarga dan rakan anda berkunjung ke sini nanti.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem