Ajar Mengaji di Rumah
Quran ialah kitab suci yang diturunkan kepada seluruh umat Islam yang perlu disayangi dan dibaca pada setiap hari. Ia adalah panduan kehidupan setiap Muslim dan perlu dididik sejak dari kecil. Dalam hal ini, ajar mengaji di rumah merupakan langkah awal dan tanggungjawab tuan puan sebagai ibu bapa untuk memastikan anak mengenal al-Quran.
iLuvQuran ialah institusi yang tuan puan boleh jadikan sebagai rujukan di mana visi mereka adalah untuk mewujudkan generasi pemimpin yang mencintai Quran, menghafal, serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam artikel kali ini, Cik Min akan kongsikan tentang beberapa panduan dan bahan-bahan yang ibu bapa boleh dapatkan dari iLuvQuran dalam usaha mencapai objektif tersebut.
Saranan kepada Ibu Bapa Sebagai Permulaan
Untuk ajar mengaji di rumah, iLuvQuran memberikan saranan kepada ibu bapa agar mendaftarkan anak-anak menyertai program Fun Quran Online Class. Ianya adalah kelas yang ditawarkan khusus kepada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun.
Terdapat 6 kelas online yang tersedia berdasarkan kumpulan umur tertentu, antaranya:
1. Quranic Discovery
Quranic Discovery adalah tempat bagi kanak-kanak yang baru hendak bermula mempelajari Quran. Sesi ini mengandungi pelbagai aktiviti yang mudah dan menyeronokkan seperti permainan yang berkaitan, seni dan kraf, eksperimen dan lain-lain.
2. Quranic Seedlings
Quranic Seedlings ialah kelas khusus dalam menguasai hafazan Quran, di mana ianya adalah kursus yang telah dirancang dengan teliti supaya dapat kekal relevan dengan peringkat pertumbuhan kognitif pelajar sepanjang pengajian.
3. Quranic Junior Al-Hafiz
Quranic Junior Al-Hafiz adalah antara kelas yang paling mendapat permintaan. Kelas ini berteraskan kepada cara pembelajaran Quran yang dipupuk dan bersesuaian melalui pendidikan berasaskan pengalaman.
4. Online Personal Coaching (Children)
Ini adalah sesi atas talian yang dijalankan secara individu yang memfokuskan sepenuh perhatian kepada pelajar sepanjang kelas berlangsung.
Video yang dilampirkan di bawah adalah gambaran ringkas bagaimana kelas Online Personal Coaching berlangsung.
5. Online Personal Coaching (Adult)
Kelas ini juga sama seperti sebelumnya. Akan tetapi, ianya khusus buat pelajar yang berumur 12 tahun dan ke atas.
6. Online Personal Coaching (Family)
Sesi dalam talian secara berkumpulan dengan 100% perhatian penuh kepada ahli keluarga. Namun, ianya terhad kepada 4 orang adik-beradik sahaja pada setiap sesi.
Produk Keluaran iLuvQuran | Ajar Mengaji di Rumah
iLuvQuran Hifdz Activity Module, yang juga dirujuk sebagai ILHAM adalah sukatan pelajaran yang komprehensif untuk pengajian Quran yang bertujuan untuk memberi Ustaz/Ustazah lebih pengaruh dalam mengekalkan minat pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dan lancar.
Terdapat 2 elemen utama yang terkandung dalam ILHAM iaitu:
1. ILHAM – Student Kit | Ajar Mengaji di Rumah
Student Kit membantu pelajar memupuk semanagat kecintaan kepada Quran dengan membantu mereka memahami makna daripada surah di dalam Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta efektif.
Apa yang disertakan:
– Modul 1 tahun merangkumi 11 surah, dari An-Naas hingga Al-Fiil dengan tambahan surah al-Fatihah.
– Cerita dan aktiviti surah dengan 80 aktiviti termasuk eksperimen, permainan, kertas kraf, jurnal, permainan DIY dan banyak lagi!
– 14 helaian tambahan terdiri daripada pelekat, kad seni dan kertas origami.
– 12 barangan DIY seperti pelekat mata googly, pembersih paip, tanah liat, penyedut minuman, pita deko, klip kayu, bola plastik dan banyak lagi!
2. ILHAM – Educators Package | Ajar Mengaji di Rumah
Di dalam Educators Package ini, tuan puan akan memperoleh panduan dan bahan ajar mengaji sebagai pengajar untuk membentuk suasana pembelajaran Quran yang lebih menarik.
Apa yang disertakan:
– 1 tahun pelan pembelajaran.
– Teachers Kit yang mengandungi 100 muka surat dengan 120 aktiviti, Surah Flashcard serta Cop dan Pelekat hadiah.
– Student Kit mengandungi 300 muka surat dengan 80 aktiviti bersama 12 barangan DIY.
– Poster dengan info menarik tentang 11 surah sebagai bahan bantu mengajar.
– Kursus latihan (2 hari latihan pada bulan Oktober & pertengahan tahun).
– Sistem pengurusan pembelajaran.
– Buku al-Badar
Bagaimana untuk Menghubungi iLuvQuran? | Ajar Mengaji di Rumah
iLuvQuran ialah platform #1 Quran yang khas ditujukan untuk kanak-kanak dan golongan dewasa! Pembelajaran kendiri dipraktikkan untuk semua peringkat umur dan mengikut tahap kemampuan masing-masing. Love Quran, life will never be the same. Fun, Loving, Engaging and Creative Class!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej ajar mengaji di rumah, boleh terus hubungi team iLuvQuran di sini!
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.